Sunday, 23 September 2012

Bab 55 - Kewajipan Anda Mengeluarkan Zakat












Bab 55 - Kewajipan Anda mengeluarkan Zakat

 

Perihal Zakat.

 

Ketahuilah anda sekalian, moga-moga Allah menjadikan kita sebagai orang-orang yang bersih suci, yang sentiasa menyebut nama Tuhan seraya bersembahyang dan tidak pula melebihkan kehidupan dunia daripada akhirat, yang ia tentu sekali lebih utama dan kebih kekal.

 

Bahawasanya zakat itu adalah salah satu asas bina Islam yang lima.  Allah s.w.t telah satukan sebutan zakat dengan sebutan sembahyang di dalam KitabNya, maka berfirman Allah s.w.t.

 

وَأ قـِيْمُوا الصَّلـَوة وَآتـُوْا الزَّكـَوة, وَمَا تـَقـَد مُوا لِأ نـْفـُسِكُمْ مِنْ خـَيْرٍتـَجِد وْه عـِنْدَ اللهِ, إِنَّ الله بِمـَا تـَعْمـِلـُوْن

بَصِيـْرُ.   (البقرة اية 011)

Ertinya:
”Dan dirikan lah sembahyang dan keluarkan lah zakat, dan setiap pekerjaan baik yang kamu kerjakan untuk diri mu, nescaya akan kamu dapati kembali nanti pada sisi Tuhan, sesungguhnya Tuhan melihat apa yang kamu kerjakan:

                        (Al-Baqarah: ayat 110)

 

 

Firman Allah s.w.t lagi:

 

اَلـَّذِيْنَ يـُقِـيْمُوْنَ الصَّلـَوة وَمِمـَّا رَزَقـْنَاهُمْ يُنـْفِـقـُوْنَ. أ ُوْلـَءك هـُم ُ الـْمؤمِنُوْنَ حـَقـًّـا.

Ertinya: Mereka yang mengerjakan sembahyang, dan membelanjakan setengah  dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang  yang sebenarnya beriman.  (Al-Anfal  ayat 3-4)

 

Firman Allah s.w.t. seterusnya:

 

وَالـْمِنـُوْن وَالـْمُؤْ مِنـَاتُ, بَعْضُهُمْ أ وْلـِيـَاءُ بَعـْض ٍ .يـَأ مُرُوْن بـِالـْمَعْرُوْفِ, وَيـَنـْهَوْن َ عَـنِ الـْمنـْكـَرِ,وَيـُقـِيْمُوْن َ

الصَّلـَوة َ, ويوتون الزكـوة, وَيُطِيْعُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلـَهُ, أ ُوْل ـءِـكَ سَيـَرْ حـَمُهُمُ اللهُ, إِنَّ اللهَ عـَزِيْزٌ حـَكِـيْمُ.

                                            

   (التوبة: 71)

 

Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengah mereka menjadi pemimpin kepada setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat, dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, serta mentaati Allah dan Rasul Nya.  Itulah orang-orang yang akan diberi rahmat oleh Tuhan, sesungguhnya Tuhan itu Maha kuasa lagi Bijaksana. “     (At-Taubat ayat 71)

 

Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ كـَانَ يُؤْمِنُ بـِالله ِ وِالـْيَوْم ِالْأ َاخِرِ فـَلـْيُـؤ َ دِّ زَكـَاة َ مَالـِهِ.

Artinya: ”Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari  akhirat, maka hendaklah ia menunaikan zakat hartanya.”

                                                          ( HR al-Bukhari dan Muslim)

 

Jelaslah menurut Hadis Rasulullah s.a.w. ini, bahawa sesiapa yang tidak menunauikan zakat hartanya, tidak boleh diangap seorang Mukmin sebenarnya.

 

Hendaklah anda ketahui juga bahawa orang yang bersembahyang, berpuasa dan telah menunaikan hajinya, tetapi belum mengeluarkan zakat, niscaya Tuhan tidak akan menerima sembahyngnya, dan puasanya, serta hajinya sehingga ia mengeluarkan zakat.  Sebab semua perkara ini adalah bertalian satu dengan yang lain.  Tuhan tidak akan menerima dari hambanya setengah ibadatnya, sehingga ia menyempurnakan kesemuanya, demikianlah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.

 

Kesimpulan.

 

Ketahuilah anda sekalian sekiranya mereka yang tidak ingin mengeluarkan zakat dan juga bersedekah, tetapi mereka kaya raya dan penuh wang ringgit di rumah dan di bank, satu hari nanti mereka itu akan diberikan kerugian, sama ada wang tersebut hilang di samun orang, termusnah disebabkan kebakaran, atau rugi dalam perniagaan mereka, atau ada beberapa hal lagi yang akan diturunkan bala oeh Allah s.w.t. terhadap mereka itu.

 

Justru itu mulai hari ini tunaikanlah zakat anda sebagaimana yang diwajibnkan untuk mengelakkan hal-hal yang tidak di ingini berlaku.

 

Sekian, wassala mualaikum.........

 

                          -----------------ooooooooooo-----------------------------

No comments:

Post a Comment