BAB 40 - HAL EHWAL AKIDAH - RUKUN IMAN (1)
Dalam ajaran
Islam, akidah ialah iman atau kepercayaan.
Sumbernya ialah kitab suci Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Baginda pernah memberikan keterangan tentang
erti iman di dalam suatu majlis brsama-sama sahabat ketika di datangi oleh
Malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang lelaki. Beliau bertanya kepada
Rasulullah mengenai iman, Rasulullah s.a.w.menerangkan :
”Iman itu engkau
beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya
serta hari akhirat dan engkau beriman kepada taqdir (yang ditentukan oleh
Allah) baik dan buruknya.”
Iman bererti :-
a.
Percaya benarnya
sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh
kepercayaan itu.
b.
Segala jenis
amalan taat hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
c.
Perkara-perkara
yang dimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di dalam hadis
tersebut.
Percaya secara mutlak
kepada Allah ialah mebenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai
sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan
peraturan-peraturannya. Kepercayaan yang
mutlak itu hendaklah mengandungi tiga unsur penting iaitu :
a.
Ikrar dibaca
dengan lidah.
b.
Ditasdiq
(dibenarkan) dengan hati.
c.
Dipraktikkan
dengan anggota.
Abul Ala
Maududi, seorang ulama, terkemuka pada abad ini menjelaskan hubungan antara
iman dan Islam :-
”Hubungan antara
Islam dan iman adalah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana
sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya demikianlah pula
seseorang itu tidak dapat menjadi Muslim tanpa mempunyai keimanan.”
Berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, tenyatalah bahawa Rukun Iman itu terdiri
daripada :-
a.
Iman kepada
Allah.
b.
Iman kepada MalaikatNya.
c.
Iman kepada
KitabNya.
d.
Iman kepada RasulNya.
e.
Iman kepada Hari
Akhirat.
f.
Iman kepada
Qada’ dan Qadar.
HURAI MENGENAI
RUKUN IMAN.
1.. Rukun
Iman yang pertama ialah Beriman Kepada Allah.
Keimanan kepada
Allah merupakan asas pokok di dalam dasar keimanan seseorang. Beriman kepada Allah adalah sesuatu yang
wajib ke atas manusuia iaitu makrifat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
yakin, kerana dengan keyakinan betul dan benar, maka dengan sendirinya kita
yakin pula kepada rukun-rukun iman yang lainnya. Al-Quran al-Karim sebagai sumber ajaran dan
hukum Islam yang penting memberikan keterangan yang jelas mengenai
keimanan kepada Allah, dengan mengenmukakan bukti-bukti yang jelas mengenai kewujudan
yang Maha Esa itu. Firman Allah s.w.t.
:-
قُلْ هُوَ اللهُ أ َحَدٌ (1) اَ للهُ
الصَّمَدُ (2) لـَمْ يَلِدْ وَلـَمْ يُولـَدْ (3)
وَلـَمْ يَكن لـَّهُ كُفُوًا أ َحَدٌ (4)
“(1)
Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu satu (2) Allah tempat sekalian
makhluk bergantung (3) Tidak Dia beranak
dan diperanakan (4) Dan tidak ada sesiapa pun yang setara atau seumpama
denganNya.
(Surah al-Ikhlas : 14)
ذَلِكُمُ اللهُ رَبُّكُمْ لآ إِلـَهَ إ ِلَّاهُوَ. خَلـَقَ
كُلِّ شَىْءٍ فَاعْبُدُوهُ.
“Dialah Allah
Tuhanmu, tidak ada Tuhan melainkian Dia, Pencipta segala sesuatu, kerana itu
hendaklah kamu menyembah Dia.
(Surah Al-‘Am: ayat 102)
وَلـَءِـن سَأ َلـْتَهُمْ مَّنْ خَلـَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأ َرْضَ لـَيَقُولـُنَّ
خَلـَقَهُنَّ الـْعَزِيزُ
الـْعَلـِيمُ (9)
“Dan jika kamu
bertanyakan mereka (orang jahiliah), siapa yang menjadikan lagit dan bumi, nescaya
mereka menjawab, bahawa yang menjadikan
langit dan bumi itu ialah Allah YangMaha Berkuasa lagi Maha
Mengetahui.”
(Surah az-Zukhruf: ayat 9)
Orang Jahiliah mengakui akan adanya Allah tetapi nereka
menyembah juga patung dan berhala.
Kenapa mereka tidak menyemvah Allah, sepatutnya mereka menyembah Allah
sebagai tuhan mereka.
Fenomena jahiliah ini masih kita dapati di dalam kehidupan
moden hari ini. Masih ada golongan yang percaya dan menyembah patung-patung
berhala, gunung-ganang, sungai, kubur dan kepercayaan kepada benda-benda yang
di percayai keramat seperti keris-keris, tongkat, azimat dan sebagainya. Semuanya ini merupakan amalan syirik
yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Islam memandang perbuatan syirik
seperti itu sebagai suatu perbuatan yang hina dan bodoh. Bukankah manusia itu telah diciptakan pada martabat yang paling
tinggi di kalangan makhluk-makhluk Allah yang lain. Dengan melakukan amalan syirik itu bererti
dia telah menghina dan menjatuhkan darjat kemanusiannya.
Di dalam Al-Quran diterangkan
dalil tentang keesaan dan kesempurnaan Allah s.w.t. yang lengkap di dalam surah
Al-Baqarah ayat 255 :-
ا َللهُ لآ إ ِلـَهِ إ ِلا َّهُوَ. الـْحَيُّ الـْقَيُّومُ
لآ تَأ ْ خُذُهُ سِنَة ٌ وَلآ نُوْمٌ لـَهُ مَافِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الْأ َرْضِ.
مَنْ ذَالـَّذِى يَـشْـفَعُ عِنْدَهُ إ ِلا َّ
بِإ ِذْنِهِ. يَعْلـَمُ مَابـَيْـنَ أ َيْدِيْهِـمْ وَمَا
خَلـْفَهُـمْ. وَلآيُحِيْـطُوْنَ بِشَىْءٍ
مِّنْ عِلـْمِهِ إ ِلا َّبِمَا شَـآءَ. وَسِعَـكُرْسِـيُّـهُ
السَّمَـوَاتِ وَالْأ َرْضَ.
وَلآيَـءُـودُهُ حِفْـظـُهُـمَا.وَهُـوَ الـْعَـلِىُّ
الـْعَـظِـيمُ. (255)
”Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian
makhluk-Nya. Yang tidak mengantuk dan tidak tidur, yang memiliki segala yang
ada dilangit dan yang ada di bumi. Siapa
yang akan memohoan syafaat (pertolongan) di sisiNya kalau bukan dengan
izinNya. Dia mengetahui apa yang ada di
hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak
mengetahaui suatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadaNya). LuasNya kerusi
Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua alam langit dan bumi, dan Dialah Allah yang
Maha Tinggi lagi
Maha Agung.”
(Surah Al-Baqarah. ayat 255)
Ayat suci ini menjelaskan Allah s.w.t. bersifat
dengan sifat-sifat kesempurnaan berikut :-
1.. Dialah sahaja Tuhan yang sebenarnya berhak
disembah dan dipatuhi.
2.. Dialah
sahaja Tuhan yag hidup scara mutlak
terlepas
daripada
pengertian hidup yang difahami oleh manusia.
3.. Dialah yang
kekal selama-lamanya mengtadbirkan
sekalian makhluknya serta memberikannya
segala-gala
yang
diperlukan untuk keperluan hidup masing-masing.
4..Maha Suci
Tuhan daripada rasa letih lesu, mengantuk
atau tidur.
5..Allah menguasai segala yang ada di
langit dan di bumi dengan
penguasaan mjutlak yang meliputi.
6..Allah bebas melakukan segala yang
dikehendakiNya, tidak ada sesiapun
yang boleh mempersoalan hukumNya atau yang dapat menolak
keputusanNya atau yang berani mengubah apa yang telah ditentukan
dan
dikehendaki –Nya sama ada dengan meminta syafaat atau pertolongan
atau
mengemaukakan rayuan kecuali setelah Dia izinkan. Maka pada ketika itu ia tunduk mematuhi dan memohon
syafaat dalam lingkungan yang dibenarkan,
sesuai dengan keadaannya.
7.. Allah Maha Mengetahui akan keadaan
sekalian makhlukNya meliputi segala apa yang sedang mereka hadapi daripada
segala yang sedang berlaku atau yang akan berlaku, sebaliknhya mereka sendiri tidak mengetahui
sesuatu pun daripada apa yang diketahui Allah Taala, kecuali apa yang Allah kehendaki mereka
mengetahuinya.
8.. Allah, Dialah saja pemerintah Agong,
kebesaranNya dan ilmu-ilmuNya meliputi langit dan bumi.
9..Allah, Dialah saja yang mempunyai
sepenuh-penuh kekuasaan. Tidaklah
menjadi keberatan atau kesukaran kepadaNya menjaga dan memelihara alam langit
dan bumi dan saegala yang ada pada kedua-dua alam itu.
10.. Allah, Dialah juga yang Maha Tinggi Kebesaran dan
KemuliaanNya. Tidak ada yang
mengatasiNya dan Dilah jua yang Maha Besar kekuasaanNya yang tidak ada
bandinganNya.
Sekian dahulu, penulis akan sambung lagi mengenai Rukun ImanYang Kedua iaitu
”Beriman Kepada Malaikat” melaliui Blog ini dalam siaran akan datang.
Sehingga itu, penulis ucapkan...
Wassala mualaikum warah matulla hi
wabarakatuh........!!
---------------------oooooooooooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment