Bab 33 -Takwa
itu menurut perintah Allah
Maka berkata para Ulamak bahawa: Takwa itu adalah menurut
perintah Allah Taala dan meninggalkan larangan Nya lahir dan batin, seraya
merasakan bahawa kebesaran yang hakiki itu adalah bagi Allah SWT yang patut kita merasakan kehebatan, ketakutan
dan kegerunan terhadap Nya.
Sebahagian para Muafasirin pula
mengertikan maksud firman Allah Taala: “Bertakwa kepada Allah dengan sesungguhnya taqwa, yakni
Allah s.w.t. itu harus ditaati. Tiada boleh di maksiati, harus di ingati, tiada boleh dilupai, dan
harus disyukuri, tiada boleh dikufuri, sebab itu jika seseorang hamba
ditaqdirkan mempunyai seribu diri yang lain kepada dirinya, atau seribu umur
lagi kepada umurnya, tidak mampu bertakwa kepada Allah dengan sesungguh-sungguh takwa, sekalipun ia sanggup
membelanjakan semua harta kekayaan yang ada di dalam tangannya untuk tujuan
mentaati Allah dan mencintai Nya, yang demikian itu disebabkan amat besar hak
Allah s.w.t. ke atas hamba Nya, dan juga
kerana amat hebat kebesaran Allah dan amat mulia kedudukannya serta tinggi kemuliaan Nya.
Rasulullah s.a.w. sebagai orang
yang amat sempurna penunaian nya terhadap hak-hak Allah SWT telah berkata dalam doanya: iaitu sebagai
suatu pengakuan dari Baginda yang ketidakupayaannya
hendak menunaikan sepenuh kesyukuran
kepada Allah s.w.t.
أ َعـُوْذُ بِرِضَكَ مِنْ سَخَطِكَ, وَبِمُعَا فـَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ,
وَأ عُوْذُ بِكَ مِنْكَ, لَاأ حْصِيْ ثـَنَاءً عَلـَيْكَ, أ نْتَ
كَمَا أ ثـْنَيْتَ عَلىَ نـَفـْسِكَ.
“Aku berlindung
dengan keredaan Mu daripada kemurkaan Mu, dan dengan keampunan Mu dari
pembalasan Mu, dan aku berlindung dengan Mu daripada Mu, tidak mampu aku
menghitung kepujian ke atas Mu, seperti yang
Engkau memuji atas zat Mu sendiri.
Dan seperti mana yang telah difahamkan bahawa Allah SWT telah menciptakan Malaikat, yang dari sejak
diwujudkan hingga ke bila-bila masa pun, akan sentiasa ruku’ dan bersujud
terhadap Allah SWT dan akan sentiasa
bertasbih dan membesar Allah SWT, tidak pernah penat atau lelah, dan mereka
tiada mempunyai tugas-tugas yang lain selain itu.
Kelak bila tiba hari kiamat
nanti, maka Malaikat itu akan berkata kepada Allah Taala.
سُبْحَا نـَكَ!
وَلـَكَ الـْحَمْدُ مَا عـَرَ فـْنَاكَ
حَـقَّ مَعْرِفـَتِكَ! وَلَاعـَبَد نـَاكَ حـَقَّ عـِبَادَ تـِكَ!
“Maha suci Engkau, wahai Tuhan!
Bagi Mu segala pujian. Kami tiada
mengenal Mu sesungguh pengenalan. Kami
tiada beribadat kepadaMu sesungguh ibadat.”
Setengah ulamak berkata, bahawasanya
firman Allah SWT yang bemaksud:” Bertaqwalah kamhu kepada Allah dengan
sesungguh takwa: yaitu ayat ini telah nansukh (dibatalkan) dengan ayat yang
berbunyi:
فـَاتـُّقـْوا اللهَ مَا
اسْتـَطَعْتـُمْ ( التغابن 16)
“Bertakwa kepada Allah sekadar yang
termampu oleh mu.”
Setengah
yang lain pula berkata: Ayat yang kedua ini menerangkan maksud ayat yang
pertama, dan bukanlah ia sebagai nasakah (batal), mudah-mudahan maksud yang kedua
inilah yang betul, sebab Allah SWT – dan
bagi Nya segala puji – tiada memberatkan sesuatu jiwa melainkan sekadar yang
termampu dilakukannya, meskipun jika Dia
mahu, memang Dia berhak memerintahkan apa saja yang dikehendaki Nya, sebab Allah
SWT berhak untuk melakukan apa saja
sekehendak kemahuan Nya di dalam kerajaan Nya dan kekuasaan Nya. Akan tetapi Dia sentiasa meringankan
dan memudahkan. Lihat firman Nya berikut :
يُرِيْد اللهُ أ نْ
يـُخـَفـَّفَ عـَنْكُمْ وَخـُلـِقَ الْإ نـْسَانُ ضَعِيْفـًا.
(النــساء 28).
“Allah ingin
memberikan keringanan bagi mu, kerana manusia itu dicipta bersifat lemah.
(An-Nisa’
: 28)
Firman
Allah s.w.t.:
يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الـْيسْرَ, وَلَايـُرِيْدَ بِكُمُ
الـْعُسْرَ.
(البقرة: 185)
“Allah
mahu memberikan keringanan bagi mu, dan tiada (sekali) kali mahu memberikan
kesulitan .
(Al-Baqarah : 185)
Kesimpulan:
Bertawakkal kepada Allah iaitu melakukan
apa yang di perintah Nya dengan melakukan perkara-perkara yang terbaik,
melakukan kerja-kerja yang terpuji, sentiasa mengingati Allah dengan mengamalkan segala suruhan yang sunat-sunat, sentiasa berakhlak
yang mulia. Meninggalkan segala perkara
yang di larang, meninggalkan perbuatan
berakhlak yang kotor. Tidak mengingatkan Allah dan sentiasa enggan melakukan
arahan yang sunat-sunat.
Sekian dahulu dalam mauduk ini, dan akan
kembali dalam masa yang terdekat.
Wssalamu alaikum.....
No comments:
Post a Comment