BAB 41 - RUKUN IMAN KE 2
”BERIMAN KEPADA MALAIKAT.”
Malaikat ialah makhluk halus yang
dicipta oleh Allah. Mereka ini ialah
makhluk di alam ghaib. Makhluk
yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium, dan dirasa. Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza
dengan kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini. Mereka ialah
malaikat yang taat, patuh dan sentiasa beribadat menjalankan perintah Allah.
Firman Allah s.w.t. :-
بَلْ عِبَادٌمُّكْرَمُونَ (26) للآيَسْبِقـُونَهُ
بِالـْقـَوْلِ
وَهُمْ بِأ مْرِهِ يَعْمَلـُونَ (27)
“Bahkan malaikat
itu adalah hamba Allah yang dimuliakan, mereka tidak pernah mendahului-Nya
dengan perkataan dan mereka bertindak atas perintah-Nya. (Surah Al-Ambiya ayat 26-27).
Antara lain sifat-sifat istimewa
malaikat ialah :-
a..Mereka dapat menyerupai makhluk lain yang
berubah menurut
kehendaknya
setelah mendapat keizinan Allah.
b..Mereka dapat melalui perjalananyang jauh
dalam jangka waktu
yang singkat.
c.. Mereka dapat melaksanakan tugas-tugas yang amat berat yang
tidak dapat
dilakukan oleh makhuk lain.
d.
Mereka amat
patuh pada suruhan dan perintah Allah.
Tidak sekali-kali engkar dan menderhaka kepada Allah.
e..Mereka tidak makan, minum
dan melakukan hubungan jenis.
Jumlah para malaikat terlalu banyak dan tidak diketahui jumlahnya selain
Allah yang amat mngetahui. Antara yang
wajibh diketahui ialah :-
a.. Malaikat Jibril
– (جبريل)
Dia ialah penghulu
segala malaikat. Tugasnya menyampaikan
Wahyu kepada para rasul
dan nabi.
b.. Malaikat
Mikail – (ميكاءيل)
Tugasnya ialah
membahagikan rezeki kepada seluruh mahluk, sama
ada manusia, haiwan, jin
syaitan dan lai-lain.
c.. Malaikat
Izrail –( عزراءيل)
Tugasnya ialah mengambil
nyawa sekalian makhluk. Izrail juga
dipanggil Malaikat Maut.
d.. Malaikat Israfil- ( إسرافيل)
Tugasnya ialah meniup
sangkakala jikalau tiba masa hari Kiamat
nanti.
e.. Malaikat Raqib dan Atid –(رقيب دان عتيد)
Kedua-dua malaikat ini bertugsa
mencatat amalan baik
dan jahat. Segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas
dari
cacatan kedua-dua malaikiat ini.
f.. Mungkar dan Nakir – منكر دان نكير))
Kedua-dua malaikat ini bertugas
menyeksa dan
Mengemukakan soalan-soalan kepada
orang yang telah meninggal
dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat
melepaskan dirinya daripada
kedua-dua malaikat ini walau di
manapuan mereka mati.
g..Malaikat Malik – (مالك) Tugasnya menjaga neraka.
h..Malaikat Ridhwan –(رضوان) Tugasnya menjaga syurga.
Selain daripada
itu ada lagi tugas malaikat ini iaitu bertasbih dan memuji Allah, memikul Arsy,
memberi salam kepada ahli syurga, menyiksa penghuni neraka, mendoakan para mukmin seperti
firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran Surah
Ghafir ayat 7 – 9) yang bermaksud :-
“Para
malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih
menemii Tuhannya dan beriman kepada Nya,
serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman (dengan berdoa merayu): ‘Wahai
Tuhan kami rahmat Mu dan ilmu Mu meliputi segala-galanya maka berilah keampunan
kepada orang yang bertaubat serta menurut jalan Mu dan peliharalah mereka dari
azab neraka”
“Wahai Tuhan kami dan masuklah mereka
ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan masuklah
bersama-sama mereka orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua yang Maha Berkuasa
lagi Maha Bijaksana.”
“Dan peliharalah mereka dari
(balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya dan sebenarnya sesiapa yang
Engkau pelihara pada hari itu daripada terkena (balasan) kejahatan-kejahatan
yang dilakukannya, maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat
kepadanya, dan yang demikian itulah kemenangan yang besar nilainya.”
(Surah Ghafir ayat 7 – 9)
Di dalam satu hadis riwayat Imam
Muslim yang bermaksud:-
“Pada setiap pagi seseorang itu pasti
disertai oleh dua malaikat yang berdoa. Ya Allah berilah kerosakan terhadap orang yang
enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah,” sedangkan yang lainnya berdoa :”Ya Allah
Berilah
penggantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan.”
Sebuah Hadis
daripada Abu Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w.
sabdanya bermaksud: -
”Malaikat yang
di sebelah kanan (yang menjadi penulis
kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila ’seseorang melakukan
sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan
yang tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yang
di sebelah kiri hendak menulisnya, lalu malaikat disbelah kanan berkata:
”Tunggu dahulu”,
lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam, maka jika orang itu beristighfar
daripada perbuatan jahat itu tidaklah ditulis sesuatu apa pun, dan jika dia tidak
meminta ampun kepada Allah barulah dituliskan baginya satu kejahatan
sahaja.” (Hadis
riwayat at-Tabrani ).
Berdasarkan
kepada hadis tersebut dapatlah disumpulkan bahawa tiap-tiap seorang manusia ada
dua malaikat yang menulis segala amalannya.
Dalam hadis ini juga diterangkan mengenai tugas malaikat Raqib dan Atid
antaranya:-
(1). Malaikat
berada di kiri dan kanan setiap manusia.
(2).
Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebaikan.
(3).
Malaikat disebelah kanan tugasnya menulis amalan kebaikan,
manakala yang di sebelah kiri menulis
amalan kejahatan.
(4).
Satu kebaikan ditulis dengan sepuluh
kebajikan, dan satu kejahatan
hanya ditulis dengan satu kejahatan
sahaja.
(5).
Seseorang yang mengerjakan amalan jahat tidak ditulis kejahatan
itu melainkan ditangguhkan
selama enam hingg atujuh jam.
Sekiranya dia beristighfar
memohon ampun kepada Allah atas
kejahatannya dalam tempoh
tersebut, maka kejahatannya itu tidak
ditulis oleh malaikat.
Dalam
hadis-hadis yang lain ada dinyatakan tugas-tugas malaikat antaranya ialah:-
(1).
Ditugaskan mencatatkan kedatangan orang Islam sembahyang
Jumaat ke masjid.
(2).
Ditugaskan berdoa untuk orang yang mengajar perkara-perkara
yang baik dan mengajar ehwal
agama Islam.
(3).
Ditugaskan memberi penghormatan dan pahala kebaikan kepada
penuntut-penuntut dan mereka
yang hadir ceramah ilmu agama.
(4).
Ditugaskan mengucap Amin bagi doa seseorang yang memohon
kebaikan untuk saudaranya dan
juga sesama Islam.
(5). Ditugaskan memberi ilham kepada manusia.
(6).
Ditugaskan melaknatkan orang yang mengacukan senjata yang
bukan musuhnya.
(7). Ada juga ditugaskan malaikat
melaknati orang yang menyiksa
binatang.
(8).
Malaikat juga ditugaskan melaknati orang-orang yang menghina
sahabat-sahabat Nabi s.a.w., juga
para ‘alim ‘ulama’ dan guru-
guru agama.
HIKMAH BERIMAN
KEPADA MALAIKAT.
(1). Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia
sentiasa diawasi oleh malaikat,maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya,
sentiasa berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walauapaun di mana dia berada.
(3). Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan
dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat kembali, tidak akan
mengulangi lagi kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya,
gerak lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada
catatan Raqib dan Atid.
(54)..Apabila
seseorang itu mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh
malaikat di dalam kuburnya semasa hidup di dunia ini dia tiak mengerjakan apa yang
disuruh dan menghindar apa yang dilarang Allah.
Jadi apabila menyedari keadaan ini tentu dia akan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga
supaya suruhan Allah akan sentiasa dipatuhi dan dia selamata di alam kubur
nanti.
Sekian dahulu
dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih
lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah,
membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh-
sungguh agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan
diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
(Rujukan Nota
Pengajian Usuluddin dari Universiti Malaya 2009 –dan Kitab Asas-Asas Fardhu’Ain
tahun 2006)
--------------ooooooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment