Tuesday, 11 September 2012

BAB 45 - RUKUN IMAN YANG KE 6












BAB 45  - RUKUN   IMAN YANG KE 6 –
 
QADHA’ ALLAH DAN QADARNYA

Beriman kepada qadha’ Allah dan qadar Nya adalah salah satu daripada rukun-rukun aqidah dan ia adalah rukun yang  ke-enam daripada rukun-rukun iman.  Mereka yang tidak pecaya kepada qadha’ dan qadar (taqdir Allah) adalah bermakna mereka itu telah keluar daripada agama Allah Azza Wajalla (agama Islam).

Dalam hadis yang sahih menyebutkan Umar Ibn al-Khattab meriyawatkan pada satu ketika sewaktu Rasulullah SAW duduk bersama-sama sahabanya, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian serba putih, rambutnya sangat hitam, tidak diketahui dari mana datangnya, dan tidak seorang sahabat pun yang kenal lelaki itu, lalu lelaki tadi bertanya kepada Rasulullah SAW berhubung dengan Islam, Iman, dan Ihsan.

Mengenai iman lelaki itu berkata ”Beritahu kepadaku tentang hal keimanan”. Rasulullah SAW terus menjawab:

أن تؤمن بالله وملاءـكته وكتبه ورسله واليوم الأخر وتؤمن بالقدر خيره وشره. قال: صـدقـت.  (رواه مسلم).

Maksudnya:  “Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat Nya, kitab-kitab Nya, rasul-rasul Nya, hari akhirat (hari kiamat) dan beriman kepada qadar (takdir Allah), baik buruknya:   Lelaki itu lalu berkata: “Benarlah apa yang engkau kata itu.”

Lelaki yang datang itu adalah Jibril a.s., di mana ia memang sengaja datang kepada Rasulullah SAW yang sedang duduk-duduk bersama-sama sahabatnya untyuk mengajar umat Baginda secara soal jawab mengenai Islam, Iman dan Ihsan.

Beriman kepada qadha’ dan qadar adalah kepercayaan atau aqidah yang wajib ditanamkan dalam hati setiap orang yang Muslim dan Mukmin bahawa setiap perkara yang berlaku dan terjadi ke atas diri seseorang itu, baik atau buruknya adalah mengikut ketentuan dan ketetapan yang telah dibuat oleh Allah SWT dengan ilmu dan iradat Nya sendiri sebelum sesuatu perkara itu berlaku dan terjadi.

Justeru itu, andainya seseorang tadi ditimpa sesuatu kesusahan, atau bala bencana, atau tidak berhasil apa yang di cita-citanya selaku orang yang beriman kepada qadha’ dan qadar tidak boleh menyesal, atau bersedih hati, atau merasa kecewa, kerana semua perkara itu adalah qadha’ Allah dan qadar Nya ke atas diri seseorang.  Sebaliknya, jika seseorang itu dilimpahkan oleh Allah kurnia rahmat dan nikmat Nya yang berupa kebendaan dan sebagainya, janganlah mereka terlalu sangat bergembira sehingga lupa daratan. Ini adalah diingatkan oleh Allah SWT dalam firman Nya dalam al-Quran Surah Al-Hdid ayat 22 dan 23 yang bermaksaud:

”Tiada ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.  Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.  Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong  takbur, lagi membanggakan diri.” (Surah al-Hadid ayat 22 dan23)

(Kitab Aqidah Ahli Sunnah waljamaah – ms 276)

 

Sekian dahulu, sila ikuti lagi sambungan ceramah ini.

 
                  ---------------------oooooooooooo

No comments:

Post a Comment