Wednesday 5 September 2012

BAB 16- Berbuat Baik dengan Jiran Tetangga.

BAB 16- Berbuat Baik dengan Jiran Tetangga. Hj.Che Dan bin Ahmad E-mail – hjdan@myjaring.net. Berbuat Baik Dengan Jiran - Siaran Blog 338. Pendahuluan. Segala pujian bagi Allahs.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar NabiMuhammad s.a.w. sereta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. إِنَّ اللهَ وَمَلـَءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلـَى النـَّبِىِّ ج يـَأَيـُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَـلـُّوْا عَلـَيْـهِ وَسَلـِّمُوْا تـَسْلِـيْـمًا. “Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai orang-oran g beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya (Al-Ahzab (33), ayat 58) Wahai hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahnya dan menjauhkan segala larangannya. Sabda Rasaulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Tahukah kamu akan hak-hak jiran tetangga?. Jika ia meminta pertolongan kepada kamu segeralah kamu menolong. Jika ia meminta pinjam sesuatu berilah ia pinjam, jika ia meninggal dunia iringilah jenazahnya, bila ia mendapat nikmat berilah ia ucapan selamat, bila ia ditimpa malapetaka hiburkanlah ia.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Itulah di antara hak-hak jiran tetangga yang telah diterangkan oleh Rasululla s.a.w. kepada kita umat Islam yang mana dengan adanya hak-hak seperti itu terbuktilah kepada kita bahawa sesungguhnya umat Islam telah disediakan satu sistem peraturan hidup yang sempurna dan lengkap untuk membolehkan mereka menikmati hidup ini bersama jiran tetangga dalam lengkungan susana yang penuh mesara, tolong-menolong, ziarah menziarahi, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu dengan yang lain. Tanggungjawab terhadap jiran tetangga itu adalah merupakan satu perkara yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam, kerana dengan tidak wujudnya saifat, atau amalan yang disebutkan tadi oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis di atas maka tentulah masyarakat Islam akan menghadapi kepincangan yang begitu ketara, di mana umat Islam yang menjadi angguta sebuah masyarakat tidak sanggup dan sedia untulk merelakan dirinya mengerjakan segala apa jua yang boleh mengiratkan tali perhubungan persaudaran sesama umat Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: ”Diumpamakan orang-orang mukmin di dalam saling kasih sayang menyayangi, saling simpati mensimpati, dan di dalam saling ihsan mengihsani, adalah seumpama satu tubuh,apabila menderita satu angguta daripadanya disebabkan tidak boleh tidur malam dan berlaku demam atau sakit maka seluruh tubuh badan akaan merasainya bersama.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah) Semangat tolong menolong sesama jiran tetangga ini amatlah mustahak dan tidak boleh kita hapuskan dari masyarakat Islam, kerana dengannyalah punca kekuasaan Islam dan nilai-nilai keindahan serta maruah kewibawaan, nilai-nilai persaudaraan dan akhlak mulia di dalam sebuah masyarakat Islam. Adalah ibarat aur dengan tebing, saling perlu memerlukan. Dengan cara begitu maka terlaksanalah falsafah jiran di dalam Islam. Firman Allah s.w.t. yang maksudnya” ”.....Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan dan bertaqwalah kerana sesungguhnya Allah amat berat seksanya bagi sesiapa yang melanggar perintahNya.” (Al-Maidah ayat 2) Kita semua dituntut supaya bergaul dan bertutur dengan baik, sekiranya terdapat perselisihan hendaklah diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, janganlah dengan sebab anak-anak kecil kita berkelahi dan orang tua masuk campur, dengan sebab kambing atau ayam masuk ke kawasan rumah menjadi punca pergaduhan, bermasam-masam muka tidak tegur sapa. Bersabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:- ”Tidak sempurna iman sesesorang itu sekiranya ianya tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ianya mengasihi akan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari dan Najib) Dalam hadis yang lain baginda bersabda sebagaimana yang bermaksud: ”Barangsiapa beriman kepada Allah dan beriman dengan hari kiamat hendaklah ia memuliakan tetangganya.” (Mutafaqilaihi) Selain dari itu baginda Rasulullah s.a.w. juga bersabda menerangkan dan memberikan peringatan bahawa ada empat perkara penting yang boleh membawa kebahagian seseorang itu: a. Isteri yang soleh b. Anak-anak yang taat setia patuh pada hukum Allah. c. Rakan pergaulannya terdiri daripada oranmg-orang soleh d. Rezeki diperolehi di dalam negerinya yang halal. Firman Allah s.w.t. yang maksudnya: ”....Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnhya Allah tidak suka orang-orang yang sombong, takbur dan membanggakan diri....” (An-Nias’, ayat 36) Sudah menjadi kelaziman dewasa kini manusia yang kaya raya dan berpangkat tinggi tidak berminat bertegur sapa dan berbaik dengan jiran teangga yang miskin dan tidak bertaraf tinggi, mereka hanya memandang dan mengira mata benda wang ringgit sahaja, jika jirannya sama taraf dengan mereka maka barulah jiran itu dihormati dan disanjung tinggi. Hal ini perlulah mereka berkenaan dimaklumkan dengan pesanan dari Baginda Rasullah s.a.w. dan Wahyu-wahyu dari Allah s.w.t. betapa padahnya akan berlaku pada yang demikian. Sekian dahulu tazkirah yang memberikan pengajaran kepada sekalian umat Islam. Moga-moga dengan siaran ini akan dapat memberikan pengajaran dan kesedaran kepada anda dan juga yang berkenaan. Wassala mualaikum..... ----------

No comments:

Post a Comment