Monday, 3 September 2012

MENGHORMATI IBU BAPA MELALUI PERKATAAN.


















TAZKIRAH  BAB  AMALAN  AKHLAK MULIA.


BAB 3  - MENGHORMATI IBU BAPA MELALUI  PERKATAAN.

Setiap orang orang harus berhati-hatri apabila mengucapkan sesuatu perkataan agar tidak menyakiti hati seseorang, terutamanya ibu bapa. Mengucapkan perkataan yang baik merupakan salah satu cara menghormati ibu bapa.  Dalam hal mengucapkan perkataan-perkataan yang baik ini, perkara-perkara berikut hendaklah diberi pehatian;

a.     Sentiasa mengucap terima kasih kepada ibu bapa apabila mereka selesai melakukan sesuatu khidmat kepada kita seperti memasak, mengejutkan dari tidur, memberi nasihat pengajaran dan saebagainya.

b.    Sentiasa merendahkan suara ketika bertutur dengan mereka.

c.     Sentiasa memperkatakan perkara-perkara yang membawa faedah.

d.    Sentiasa memilih dan menggunakan perkataan-perkataan yang sopan dan sedap didengarinya.

e.     Sentiasa berfikir dahulu sebelum mengucapkan sesuatu agar ia tidak menyinggung hati dan perasaan mereka.

f.      Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan.


Anak-anaK yang mengucapkan  perkataan yang baik apabila bertutur dengan ibu bapa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keredaan Allah SWT.  Ini akan menjaminkan kehidupan yang lebih sempurna di dunia dan di akhirat.

Berbuat baik kepada dua orang ibu bapa.

Al-Quran Surah Al-Ahqaaf ayat 15 - Firman Allah s.w.t. ”  : -


وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَنًا, حَمَلَتْهُ ا ُمُّهُ كُرْهًا

وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا. وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثـَلَثُوْنَ شَهْرً,

حَتَّى اِذ َا بـَلـَغَ اَشُدَهُ, وَبَلـَغَ اَرْبَعِيْن َ سَنَة ً قَالَ رَبِّ اَوْ 

زِعْنِىْ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتـَكَ الـَّتِىْ اَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلىَ

وَالِدَىَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْ ضَهُ وَاَصْلِحْ لِىْ

فِىْ ذُرِّيَتِىْ , اِنِّىْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّىْ مِنَ الـْمُسْلِمِيْنَ.

Maksuds ayat”

Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.  Masa mengandungnya sampai menceraikankanya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata: Ya Tuhanku…..taufiqkanlah aku  
(tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmat Engkau, yang    telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan soleh yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunan ku).  Sungguh aku bertaubat kepada Mu dan aku termasuk orang-orang Islam.
Keterangan ayat tersebut”    (Al-Ahqaf ayat 46)  

Allah s.w.t. mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapa, terutama kepada ibunya, kerana ia mengandung dengan susah payah dan melahirkan dengan suasah payah pula.  Sejak mulai mengandung sampai menceraikan dari  susuan 30 bulan lamanya.  Seabab itu harusalah kita berterima kasih kepada Allah atas nikmat-Nya kepada kita dan kepada ibu bapak kita serta beramal soleh, suraya mengharapkan agar anak cucu kita (keturunan kita) menjadi anak-anak yang soleh pula yang akan menggantikan kita di belakang hari.  Orang-orang itulah yang diterima Allah amalannya dan diampuni kesalahanya.

Jiusteru itu maka adalah dinasihati kepada sekalkian yang berkenaan supaya melaksanakan tanggungjawab  mereka sebagaimana yang di dedahkan di atas semnoga anda sekalian  beroleh kebahagiabn dan aman maknur.  Amin...

Sekian, dahulu....

Wassala mulaikum......


              --------------oooooooooooooooo-------------






No comments:

Post a Comment