RUKUN
IMAN YANG KE 5
BAB 44 - BERIMAN DENGAN
HARI KIAMAT.
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ
الــرَّحـِيـْم.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala
kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta
keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog
ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini .
---------------------------------
Rukun Iman Ke 5. Beriman dengan Hari
Akhirat.
1.. Pengertian beriman dengan Hari Akhirat.
Beriman dengan Hari akhirat
secara ijmaknya ialah beriman dengan segala apa yang dilkhabarkan (diceritakan)
oleh Allah s.w.t. dalam kitab-Nya dan segala apa yang dikhabar oleh Rasul-Nya
daripda apa yang akan berlaku selepas mati dan di alam kubur, azab dan
nikmatnya, kebangkitan semula, pengumpulan manusia di padang Mahsyar,
pembahagian suratan amalan, hisab dan timbang segala amalan, kolam, titsyurga
dan neraka.
2... Kewajipan beriman dengan
Hari Akhirat.
Beriman dengan
Hari Akhirat salah satu dari rukun iman yang enam perkara itu. Sesiapa yang mengingkari dan tidak
mempercayai akan adanya Hari Akhirat dan mempercayaai rukun-rukun iman yang
lain maka dia bukanlah seorang yang beriman atau bukanlah dia seorang Islam
yang sahih.
Firman Allahg
s.w.t. :
يَأ َايَّهَاالـَّذِ ينَ ءَامَنُواءَامَنُوابِاللهِ وَرَسُولـِهِ
وَالـْكِتَبِ الـَّذِى نَزَّلَ عَلىَ رَسُولـِهِ وَالـْكِتـَبِ الـَّذِى أ نَّزَلَ
مِنْ قَبَلُ ج
وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللهِ وَمَلـَءِـكَتِهِ وَكـُتُبِهِ وَرَسُلِهِ وَالـْيَوْمِ
الْأ خِرِ فـَقَدْ ضَلَّ ضَلَا بَعـِيد ا.
(النســاء 136)
”Wahai orang-orang yang beriman,
percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya dan Kitab (al-Quran) yang diturunkan ke
atas Rasul-Nya dan kitab yang diturun sebelumnya. Dan barangsiapa yang kufur
(ingkar) dengan Allah dan malaikat-malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan
rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia sesat sebagai sesat
yang jauh.
(An-Nisa; ayat 136)
Rasulullah s.a.w apabila Jibril bertanya
tentang iman maka baginda menjawab:
أ نْ تـُؤْ مِنُ بِاللهِ وَمَلـَءِـكَتِهِ وَكـُتُبِهِ
وَرَسُلِهِ واليوم الأخرِ وَتُؤْ
مِنُ بِالـْقَدْرِهِ وَشَرِّهِ. (رواه البخارى ومسلم)
“Bahawa
engkau beriman dengan Allah dan malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan
rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat. Dan engkau
beriman dengan qadar baiknya dan jahatnya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
3.. Nama-nama Hari Akhirat.
Al-Quran menamakan Hari Akhirat
dengan berbagai-bagai nama yang diambil dari perisitwa-peristiwa yang berlaku
pada hari itu. Antaranya adalah seperti
berikut:
a.
Yawm al-Bath –
Hari Kebangkitan kerana manusia yang telah mati dibangkit semula dengan ruh dan
jasad.
b.
Yawm al-Khuruj –
Hari Keluar kerana manusia keluar dari kubur mereka untuk kehidupan yang lain.
c.
Yawm al Qiyamah
– Hari Kiamat kerana berdirinya semua manusia pada hari itu untuk dikira amalan
mererka.
d.
Yaum al-Din –
Hari pembalasan kerana semua manusia akan menerima balasan atas segala amalan
mereka.
e.
Yawm al-Fasl –
Hari Penyelesaian kerana penyelesaian antara manusia dilakukan dengan penuh
keadilan.
f.
Yawm al-Jam’l –
Hari berhimpun kerana pada hari itu manusia berhimpun dan berkumpul untuk
dihisab.
g.
Yawm al-Hasyr –
Hari Berkumpul kerana pada hari itu manusia berhimpun dan berkumpul untuk
dihisab.
h.
Yawm al-Hisab –
Hari Pengiraan kerana pada hari itu kiraan dilakukan ke atas segala amalan
manusia di dunia ini.
i.
Yawm al-Waid –
Hari Janji kerana janji jahat dilaksanakan pada hari itu.
j.
Yawm al-Hasrah –
Hari Penyelesalan kerana orang-orang kafir
dan penderhaka menyesal pada hari itu.
k.
Yawm al-Khulud –
Hari Kekal kerana hidup pada hari itu kekal selama-lamanya.
l.
Selain dari
nama-nama tersebut banyak lagi nama yang lain yang dirasakan tak perlu disebut
semuanya disini. Bagi sesiapa yang ingin
mengetahui lebih lanjut boleh dirujuk kepada ”Kitab al-’Aqidah al-Islamiyyah wa
Ususuha” oleh Abdul Rahman Hasan Hanabbakah al Maidani, halaman 628-629.
4.. Al-Sa’ah Waktunya Dan alamat-Alamatnya.
a.
Kehidupan
akhirat tidak akan berlaku kecuali setelah berakhir dan musnah semua alam dan
kehidupan dunia ini. Al-Quran menamakan
waktu kemusnahan dan berakhir alam ini dengan nama ”al-Sa’ah” iaitu waktu yang
ditentukan pada ilmu Allah untuk mengakhiri alam dan kehidupan dunia ini. Ianya berlaku selepas tiupan sangkakla
pertama.
b. Al-Quran menggambarkan al-Sa’ah sebagai hari kemusanahan
alam dunia ini seluruhnya dan diganti dengan alam yang lainj. Antaranya firman
Allah s.w.t. :
c.
اِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ(1) وَإِذَا الـْكَوَاكِبُ
انـْتـَثَـَرَت ْ (2)
وَإِذَا الـْبِحَارُفُجِّرَتْ(3) وَإِذَا
الـْقُبُورُبُعْثِرَتْ (4) عَلِمَتْ
نـَفْسٌ مَّا
قَدَّمَتْ وَأَ خَّرَتْ.(5)(سورة الفـِتر: اية 1 – 5)
“Apabila langit
berbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila laut pecah
bercampur baur. Dan apabila kubur-kubur
di bongkarkan (setelah semuanya itu berlaku) mengetahuilah tiap-tiap diri akan
apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkan.” (Al-Infitar ayat 1 – 5).
Fitrman Allah s.w.t. lagi di alam al-Quran Surah al-Anbiya
ayat 104 yang bermaksud:
“(Ingatlah) hari
Kami menggulung langit seperti lambaran surat
catitan, sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian Kami ulangi
wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.”
(al-Anbiya ayat 104)
5..Bilakah Waktu kejadian al-Sa’ah?
Al-Sa’ah antara perkara-perkara ghaib yang tidak dapat
diketahui waktunya kecuali Allah s.w.t. seperti firman Allah s.aw.t. di dalam
Surah al-A’raf ayat 187 yang artinya :
“Mereka bertanya kepadamu (Hai
Muhammad) tentang al-Sa’ah bilakah datangnya?
Katakanlah : Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi
Tuhanku. Tidak ada sesiapa pun yang
dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia (Allah). (Huru-
hara) hari itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit
dan di bumi, ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.
(Surah al-A’raf ayat 187)
6..
Alamat-Alamat Al-Sa’ah.
Alamat-alamat al-Sa’ah bermaksud perkara-perkara
yang berlaku sebelum terjadinya al-Sa’ah dan Hari Kiamat itu boleh dibahagi
kepada dua jenis iaitu alamat-alamat kecil dan alamat-alamat bersar.
7..
Akamat-Alamat Kecil ialah:
a.
Kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. –baginda bersabda:
Bermaksud: “Di antara aku dibangkit dan kejadian al-Sa’ah seperti dua jatri ini
–iaitu baginga menunjukkan jatri telunjukdengan
jari tengah).” (H.R. Bukhari dan Muslim).
.
b.
Hadis daripada
Annas r.a. bermaksud ;”Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ; ”Sesungguhnya
diantara alamat al-Sa’ah ialah diangkat ilmu Islam. banyak kejahilan, banyak
kemungkaran zina dan minum arak, kurang bilangan lelaki dan banyak bilangan
perempuan sehingga nisbah bagi lima
puluh orang perempuan bagi seorang lelaki.”
(H.R. Bukhari dan Muslim).\
c.
Menurut sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a.
berkata : “Sementara Rasulullah s.a.w. berbicara, tiba-tiba datamg seorang
‘Arabi dan bertanya : “Bilakah akan berlaku al-Sa’ah ya Rasulullah? Rasulullah
pun menjawab ; ”Apabila dihilangkan amanah, maka tuggulah masa al-Sa’ah. Dia bertanya lagi: Bagaimana hilangnya amanah
itu.? Baginda menjawab ; ”Apabila diserahkan pemerintahan kepada orang yang
bukan ahlinya (yakni yang tidak ada kelayakkan), maka tunggulah al-Sa’ah.” (H.R. Bukhari ).
d.
Antara alamat hampir kiamat, atau al_Sa’ah, apabila
keadaan terbalik seperti anak-anak menderhaka pada ibu bapa dan merhambakan
ibu-ibu mereka dan orang-orang dahulunya papa kedana telah menjadi kaya raya.
e.
Malaikat Jibril bertanya Rasulullah s.a.w. tentang
al-Sa’ah, katanya : (bermaksud). ”Ceritalah
krepada ku (hai Muhammad) tentang al-Sa’h.
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab : “Tidakkah orang yang bertanya lebih
mengetahui daripada orang yang kena Tanya. Jibril bertanya lagi : “Ceritakan kepadaku
alamat-alamatnya.? Rasulullah s.a.w.
menjawab: “Bahawa hamba-hamba telah memperanakkan hasil dari tuannya, dan
engkau dapat lihat orang yang berkaki ayam, yang tak berpakaian, yang papa
kedana, yang mrenjadi gembala kambing dapat membina bangunan-bangunan yang
tunggi. (H.R. Bukhari)
f.
Selain dari perkara di atas itu ada banyak lagi yang
lain yang menyatakan keadaan dan masyarakat di akhir zaman yang penuh dengan
huru hara, kemusnahan, kemungkaran dan kemaksiatan.
8..Alamat-alamat Besar Al-Sa’ah
danHari Kiamat.
Terdapat satu hadis yang menyatakan sepuluh
perkara yang merupakan alamat-alamat besar tentang hampirnya Kiamat dan
al-Sa’ah, maksudya hadis tersebut: -
“Nabi s.a.w menjengok kami semasa
kami sedang berbincang dan bermuzakarah, lalu baginda berkata: “Apakah yang
kamu bincang dan bermuzakarah? Mereka
menjawab. “Kami bermuzakarah mengenai al-Sa’ah”
baginda s.a.w. berkata: “Sesungguhnya al-Sa’ah tidak akan berlaku
kecuali setelah kamu melihat sepuluh tanda dan alamat sebelumnya.” Maka baginda menyebut Keluar Asap, Dajjal, Keluar Binatang Dabbah,
Naik matahari dari barat, Turun Isa a.s., Keluar Ya’juj dan Ma’juj, berlaku
tiga Gerhana iaitu Gerhana di timur, Gerhana di barat dan Gerhana di
Semenenjung Arab dan akhir sekali Keluar api dari Yaman yang menolak manusia ke
tempat perhimpunan mereka.”
(H.R. Muslim, Abu Daud,
At-Termidzi dan Ibn Majjah)
9..Keterangan
Mengenai 10 Alamat Kiamat dan al-Sa’ah.
a. (1).
Keluar asap atau debu.
b. (2). Keluar Dajjal
c. (3). Keluar binatang dabbah
d. (4). Naik
matahari sebelah Barat.
e. (5). Turun Nabi Isa a.s. ke dunia.
f. (6). Keluar Ya’juj danMa’juj.
g. (7). Gerhana matahari di sebelah timur.
h.
(8). Gerhana matahari di sebelah barat.
i. (9).
Gerhana matahari di Semenanjung Arab.
j. (10). Keluar
api dari Yaman yang menolak manusia di tempat
perhimpunan mereka.
10.. Keterangan lanjut mengenai Har Kiamat.
a.
Permulaan Hari
Akhir.
b.
Alam Barzakh.
c.
Kebangkitan semula
orang yang telah mati.
d.
Pengumpulan
Semula Makhluk
e.
Pembalasan
Segala Amalan.
f.
Soalan Mizan
(pertimbangan).
g.
Meneganai
Soal-Jawab di Akhirat
h.
Kitab Catatan
amalan dan Penyaksian Anggota badan.
i.
Kitab Catatan
Segala Amalan
j.
Penyaksian
Anggota-Anggota badan.
k.
Al-Haudh (Kolam
air di Syurga)
l.
Sirot (Titian)
m.
Syurga dan
Neraka.
n.
Sifat Syurga dan
Neraka.
(Bersambung lagi)
Penjelasasn.
Penjelasan dari perkara (para) 10 di atas akan di terangkan kemudian.
(Rujukan Nota Pengajian Usuluddin Universiti Malaya Semester 6, Kos IUD 603
– AKIDAH, oleh Ustaz Abdul Aziz Awang Kechik – tahun 2007).
--------------------------
Penutup.
Sekian dahulu
dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih
lagi berkenaan solat, puasa, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah,
membuat wakaf dan sebagai lagi, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh
agar diterima Allah dan kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat
kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
2006)
--------------ooooooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment