Monday, 10 September 2012

Bab 39 - Merenung sebentar dan ingatkan Perihal Taqwa.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Bab 39 - Merenung sebentar dan ingatkan Perihal Taqwa.

 

Firman Allah s.w.t. :

يَأ َيـُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنـُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ حـَقَّ تـُّقـَاتِهِ, وَلَا تـَمُوْتـُنَّ إِلَّا وَأ َنـْتـُمْ مُسْلـِمُوْن . وَاعْتـَصِمُوْا بِحَبـْلِ اللهِ جـَمِيـْعًا وَلَا تـَفـَرَّقـُوْا, وَاذ كـُرُوا نِعـْمَتَ اللهِ عـَلـَيـِكـُمْ إِذ  كـُنـْتـُمْ أ عـْدَاءَ فـَأ لفَ بـَيـْنَ قـُلـُوْبِكـُمْ فـَأ صِبَحـْتـُمْ بِنـِعْمَتـِهِ إِخْوَانـًا, وَكـُـنـْتـُمْ عـَلىَ شـَفـَا حـُفـْرَةٍ مِنَ النـِّارِ فـَأ نـْقـَذ كـُمْ مِنـْهـَا, كـَذ لـِكَ يـُبـَيـِّنُ اللهُ لـَكُمْ آيـَاتِهِ لـَعـَلـَّكـُمْ تـَهـْتد وْنَ. وَلـْتَكـُنْ مِنـْكـُمْ أ مَّة  يـَدْعـُوْنَ إِلىَ الـْخَيـْرِ, وَيَأ ْمـُرُوْن  بِالـْمـَعْرُوْفِ, وَيـَنـْهَوْنَ عـَنِ الـْمُنـْكـَرِ, وَأ وْلـَءِـكَ هُمُ الـْمُفْـلِحُونَ.  وَلَاتـَكُوْنـُوْا كـَالـَّذِيْنَ تـَفـَرَّقـُوْا وَاخْتـَلـَفـُوْا مِنْ بِعـْدِ مَا جَاءَهـُمُ الـْبـَيـِّنَاتُ, وَأ وْلـَـءِـكَ لـَهُمْ عـَذَابٌ عـَظِيْم .

 ( آل عمران 105-102)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwa kamu kepada Allah, sesungguhnya taqwa. Dan janganlah sampaikamu mati,melainkan di dalam Islam yang sebenarnya.  Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah, ingatlah kurnia Allah atas kamu, ketika kamu dahulu beremusuh-musuhan,lalu di peerteguhkannya hatikamu (dalam agama Allah, ingatlah kurnia Allah atas mu, sehingga dengankjurnia Allah itu,kamju menjadi bersaudara. 

 

Kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, lalu diselamatkan kamu daripadanya.  Begitu Allah menjelaskan keterangan-keterangannya kepada kamu supaya kamu menuruti jalan yang benar. Adakanlah di antara kamu umat yang mengajak kepada kebajikan, penyuruh  mengerjakan yang benar dan melarang dari membuat yang salah, mereka itulah orang-orang yang beruntyung.  Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan  orang-orang yang telah berprecah belah dan berseliseh faham  sesudah datang kepadanya bukti-bukti yang terang.  Mereka itulah orang-orang yang akan memperoleh seksa yang dahsyat.

        (Al-Quran, Surah Al-Imran ayat 102-105).

 

Firman Allah s.w.t. lagi:

 

يَأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ آمـَنُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ حـَقَّ تـُقـَاتـِهِ.

(ال عمران: 102)

“Wahai orang-orang yang beriman..! bertakwalah kamu   kepada Allah sesungguhnya takwa.” (Ali-Imran: 102)

Firman Allah s.w.t. lagi:

 

وَلـَقـَدْ وَصَّيـْنـَا الـَّذِيْنَ أ ُوْتـُوْا الـْكِتـَابَ مـِنْ قـَبْلـِكـُمْ

وَإِيـَّاكـُمْ أ َنِ اتـَّقـُوْا اللهَ.

(النساء: 131)

“Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan juga kepada kamu supaya bertakwa (patuh) kepada Allah.”

                     (An-Nisa’: ayat 131)

 

Firman Allah s.w.t. lagi:

وَاتـَّقـُوْا اللهَ وَاعـْلـَمـُوْا أ َنَّ اللهَ مـَعَ الـْمـُتـَّقـِيْنَ.

(البقرة: 194)

“Bertakwalah (patuhlah) kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan.”

               (Al-Baqarah ayat 194)

 

Firman Allah lagi:

وَاتـَّقـُوْا اللهَ وَيـَعـْلـَمـُكـُمُ الله ُ.

(ألبقرة: 282)

“Bertakwalah kamu kepada Allah, dan Dia akan mengajar kamu.”  (Al-Baqarah: 282)

 

Firman Allah s.w.t. lagi:

يَأ َيـُّهـَا الـَّذِيـْنَ آمـَنـُوْا إِنْ تـَتـَّقـُوْا اللهَ يـَجـْعـَلَ لـَكـُمْ فـُرْ قـَانـًا وَيـُك كـَـفـِّرْ عـَنـْكـُمْ سـَيـِّـءِـا تـِكـُمْ وَيـَغـْفـِرْ لـَكـُمْ,وَاللهُ ذ ُوْ الـْفـَضْلِ الـْعـَظـِيـْمِ.

(الأنفل 29)

“Wahai orang-orang yang beriman…! Kiranya kamu takut kepada Allah, niscaya Dia (Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan untuk membeza (antara yang benar dengan yang salah) dan dihapuskannyalah kesalahan-kesalahan kamu serta  mengampuni kamu dan Allah mempunyai kelebihjan yangbesar.”

(Al- Infal ayat 29)

 

Firman Allah lagi :

وَيـُنـَجـِّيْ اللهُ الـَّذِيـْنَ اتـَّقـُوْا بـِمـَفـَازَتـِهـِمْ لَا يـَمَسـُّهُمُ السـّوْءُ وَلَاهـُمْ يـَخـْزَنـُوْنَ.   (الزمر: 61)

“Dan Tuhan menyelamatkan orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan (orang-orang yang bertakwa) ke tempat keberuntungan, mereka tiada disinggung oleh keburukan dan mereka tiada berdukacita.” (Al-Zamar: 61)

 

Firman Allah s.w.t. lagi :

وَمـَنْ يـَـتـَّـقِ اللهَ يـَجـْعـَلْ لـَهُ مـَخـْرَجـَا.

وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيـْثُ لَا يـَحـْتـَسِبُ

(الطلاق:  3-2)

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mematuhi segala perintahnya dan menjauhi larangannya (nescaya Allah akan mendorongkan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan Dia (Allah) akan memberikan  rezeki kepadanya dari sumber yang tiada diduga” (At-Talaq: 2 – 3)

 

Firman Allah lagi:

وَمـَنْ يـَتـَّـقِ اللهَ يـَجـْعـَلْ لـَهُ  مـِنْ أ َمـْرِهِ يـُسـْرًا.

                  (الطلاق: 4)

“Dan sesiapa bertakwa (takut) kepada Allah, nescaya Allah akan memudahkan segala urusannya.   (At-Talaq: 4)

 

Firman Allah s.w.t. lagi :

وًمـَنْ يـَتـَّـقِ اللهَ يـُكـَفـِّرْ عـَنـْهُ سـَيِّـءـَآ تـِهِ

وِيـُعـْظِـمُ لـَهُ  أ َجـْرًا   (الطلاق: 5)

Kesimpulan:

 

Allah s.w.t. telah menjanjikan kemuliaan di sisi Nya dengan takwa,bukan dengan sebab keturunan, bukan dengan sebab harta kekayaan dan bukan dengan sebab-sebab yang lain. Bukankah dengan takwa iytu Allah dan Rasul Nya telah menjanjikan berbagai-bagai kebaikan dan kebahagian, darjat dan kebajikan, kesempurnaan dan kemenangan, harta kekayaan dan keuntungan.  Semuanya itu agak terlalu panjang jika mahu diceritakan di sini, dan terlalu sukar mahu di hitung.

Madah ku:

 

Mengenal Tuhan tetapi membelakangi Nya.

Bukankah bencana celaka namanya.

Segala bencana dalam mentaati Tuhan.

Tak akan membahayakan jika dapat ditahan.

Kemuliaan haqiqi mentaqwakan Tuhan.

 

Sekian dahulu, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal ini dalam masa yang terderkat nanti.

Wassala mualaikum........

 

             --------------ooooooooo-------------

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment