Sunday 9 September 2012

BAB 28 -ADAB-ADAB SECARA UMUM.

BAB 28 -ADAB-ADAB SECARA UMUM. Syarak telah mengarahkan setiap Muslim dan Muslimah supaya bergaul dengan sesama mereka dengan pergaulan dan adab yang baik. Ertinya jika mereka mengamalkan adab atau tatacara pergaulan yang disediakan oleh syarak itu masyarakat akan harmoni dan mereka mendapat kebahagian. Dalan siaran ini penulis menukilkan kepada para pembaca semua apa yang telah dimudahkan Allah s.w.t. kepada kita untuk kita mempelajari dan menyampaikan kepada masyarakat serta membimbing mereka untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian semoga kita semua menjadi manusia yang baik dan bersopan santun. MENUNJUKKAN WAJAH YANG CERIA . Apabila berhadapan dengan orang lain, khususnya dengan orang Muslim, hendaklah kita menunjukkan wajah manis dan ceria. Dan sebaliknya kita tidak boleh menunjukkan wajah yang bengis dan masam muka yang menunjukkan kita seolah-olah sedang menghadapi masalah, seolah-olah kecewa atau sedang marah. Walaupun kita sedang dalam delima tetapi segala perkara itu kita simpankan dalam hati dan berusaha menunjukkan diri kita sedang dalam keadaan bahagia dan dalam beroleh kejayaan. Menunjukkan wajah ceria kepada orang lain besar pahalanya. Dari Abu Zar r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: لَا تـَحْقِـرَنَّ مِنَ الـْمَعْـرُوفِ شـَـيـْءًـا وَلـَـوْ أَنْ تـَلـْقـَى أَخـَاكَ بِـوَجْـهٍ طـَلِـيْـقٍ. “Janganlah memandang enteng terhadap sesuatu kebaikan itu walaupun dengan cara melemparkan senyuman atau wajah ceria kepada saudara mu.” Memberi senyuman kepada orang lain bukan hanya mendatangkan pahala tetapi juga mendatangkan hasil yang baik duniawi. Maksudnya kalau kita menunjukkan wajah senyum, orang akan senang dan berminat kepada kita. Kalau orang senang kepada kita, kita akan dilayan dengan baik dan segala permintaan atau pertolongan kita akan tercapai. Penulis sudah mengalami sendiri masalah itu. Biasanya penulis berurusan dengan badan perkhidmatan awam sentiasa dilayan dengan baik. Kita jadikan budaya kita sentiasa ceria, girang dan jauhkan wajah yang bermasam muka. Kita jadikan diri kita sifat ramah mesra, carikan topik perkara yang hendak diperbualkan. Untuk itu kita hendaklah tahu apa cerita hari ini dengan membaca surat khabar yang terkini. Dalam hal ini kita janganlah “menyusul arus”. Ertinya jangan kita membuat cerita membangkang arus walaupun melodi kita tidak secucuk dengannya. Kita buatkan sandiwara sebentar dan ikut harus mereka. MENGUCAP SALAM Di antara kemuliaan yang diberikan Allah kepada kita ialah Allah menyuruh kita supaya kita mengyucap salam apabila bertemu dengan sesama muslim. Amalan memberi salam ini sangat baik kita amalkan. Hendaklah kita memberi salam kepada orang yang kita kenal dan orang yang tidak kita kenal. --------------

No comments:

Post a Comment