Sunday, 30 September 2012

Bab 60 - Imam solat merasa ragu-ragu










Bab 60 - Imam solat merasa ragu-ragu.

Seorang imam syak atau ragu-ragu tentang niatnya pada ketika qiyam dan setelah para makmum bertakbirat - al ihram, adakah boleh ia takbirat al- ihram perlahan dan niat semula di dalamnya, kemudian dibacanya Fatihah. Adakah sah solat para makmum yang  sudah pun takbir mengikut imam sedangkan imam takbir pula selepas takbir makmun?

Pada pendapat sebilangan ulama', harus bagi imam takbirat al-ihram perlahan dan niat di dalamnya. Sah solatnya dan sah  solat sekalian makmum yang mengikutnya. Jika mereka tidak mengetahui imam itu takbir kali kedua.  Sebaliknya jika mereka mengetahui yang demikian itu maka batal solat mereka, kerana tenyata mendahului makmum akan imamnya pada takbirat al-ihram.

(Rujuk Kitab Ihya Ulumiddin Jilid 1)


              ---------oooo----------
     Tarik 30 Sep 2011 20.09 hrs.

No comments:

Post a Comment