BAB 31 -Percakapan Lemah- Lembut
Melambang Keperibadian.
Sesungguhnya umat manusia terdiri daripada pelbagai bangsa
dan bahasa. Bahasa melambangkan bangsa. Percakapan dan pertuturan
yang lembut, lunak dan teratur melambangkan keperibadian luhur dan mulia yang
dimiliki oleh seseorang itu. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Belum lurus keimanan
seseorang sehingga lurus hatinya, dan belum lurus hatinya sebelum lurus
lidahnya. Seseorang tidak boleh masuk syurga selagi ia belum dapat berbuat baik
dengan jiran-jirannya.”
( Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Pertuturan yang lemah lembut
bukan sahaja seronok didengar oleh telinga, malahan boleh menawan hati sesiapa
juga yang mendengarnya. Sebenarnya
kelembutan dan kelunakan bercakap sangat dituntut oleh semua agama khususnya Islam. Firman Allah s.w.t. yang menceritakan tentang
pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang bermaksud:
“Lunakkanlah
suaramu…. !
(Surah Luqman; 19)
Al-Quran mengungkapkan mengenai
percakapan yang lembut dan lunak ini dengan ungkapan “Kariman atau laiyinan
atau
husnan atau kalimah thaiyyibah,
yang bermaksud mulia, lembut dan bagus.
Ungkapan sedemikian bukan hanya disukai oleh Allah s.w.t., Rasul,
malaikat bahkan seluruh makhluk.
Setiap nan usia perlu belajar dan
berlatih menggunakan bahasa yang halus dalam percakapan harian mereka kerana
perkataan yang lunak dan lembut akan memudahkan seseorang memahami dan
menghayati isi kandungannya. Sebaliknya
manusia dicegah berbahasa kasar, keji dan kotor. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya seburuk-buruk suara
ialah suara keldai.”
( Surah Lukman: ayat 19)
Di samping itu Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT benci
kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya.”
Pada hadis yang lain, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Simpan lidah mu kecuali untuk
berkata yang baik, sebab dengan demikian itu engkau dapat mengalahkan syaitan.”
Imam Ghazali r.h. menerangkan
tanda-tanda ungkapan kotor. Di antaranya ber5kata yang tidak berfaedah,
berlebih-lebihan apabila bercakap, suka bercakap yang batil, sentiasa memaki
hamun, suka bertengkar, suka bertikam lidah, sama mencari-cari kesalahan orang
lain, suka mengumpat, suka bersenda gurau di luar batasan, suka bernyanyi yang
tidak diharuskan, suka mengejek dan menghina orang lain, suka membuka keaiban
orang lain, suka bersumpah palsu, suka memuji yang bukan pada tempatnya dan sebagainya.
Keperibadian seseorang biasanya
dapat diukur daripada perkataan yang dituturkan. Jika baik pertuturan maka baik
jugalah pekerti tetapi jika kasar pertuturan maka kasar pulalah pekerti dan
keperibadian seseorang itu.
Dalam hubungan ini, mungkin
cadangan-cadangan berikut dapat dijadikan panduan:
1.
Rancangkan terlebih dahulu apa yang hendak dituturkan
atau diperkatakan.
2.
Pilih perkataan
yang terbaik, tepat dan lunak.
3.
Sapa dengan
bersahaja dan sentiasa tersenyum dengan penuh kehormatan. Jangan menunjukkan
muka yang bengis, muka yang masam, jangan tunjuk atau kenalkan orang yang
dibincangkan.
4.
Jangan
meninggikan suara setiap kali mengemukakan pandangan atau pendapat. Juga jangan
berkata atau mengucap terlalu kalut hingga tidak tentu biji buah perkataan itu.
5.
Selalu meminta
maaf seandainya bahasa atau perkataan yang digunakan dianggap kurang tepat,
kurang sopan atau tidak kena pada
tempatnya.
6.
Anda hendaklah Kekalkan
kesabaran andainya orang yang dilawan bertutur menggunakan bahasa yang kesat
dan keluar daripada kesopanan yang sepatutnya.
7.
Jangan
mengulang-ulang butir-butir yang telah dikemukakan. Jangan kemukakan butiran
yang anda kurang selidik, atau yang
tiada fakta-fakta yang menyokongnya.
8.
Simpulkan isi
perbincangan atau isi pendapat dan pandangan dalam bahasa yang teratur, padat
dan berkesan.
9.
Jangan dibawa
pengalaman semasa berbincang terutama pengalaman yang agak pahit keluar
daripada tempat perbincangan dan persidangan.
10.
Bermaaf-maafan
sebaik-baik sahaja sesi perbincangan itu ditamatkan. Kemaafan
ini bertambah dituntut bagi dua pihak yang mempunyai hujah dan pendapat
yang berbeza mengenai sesuatu perkara
yang dibincangkan.
Penutup.
Pertuturan yang lembut, penuh
bersopan, keadaan suara yang sederhana, air muka yang manis akan dapat menarik
perhatian pendengar dan pasti akan memudahkan
tercapainya hajat seseorang
itu. Sebaliknya jika seseorang bertutur
secara kasar sewaktu meminta sebarang
pertolongan atau bantuan, pasti tidak akan dilayan bahkan akan melahirkan
sesuatu yang negatif yang tidak
diingini. Oleh itu setiap orang perlulah
sentiasa bertutur dengan lembut, halus dan lunak dalam apa jua keadaan.
Sekian, wassalam mualaikum…….!
-----------------------------oooooooooooooooo-----------------------------
No comments:
Post a Comment