Monday 10 September 2012

BAB 26 – BAGAIMANA MENCAPAI BUDIPEKERTI YANG BAIK.

TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA BAB 26 – BAGAIMANA MENCAPAI BUDIPEKERTI YANG BAIK. اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ. إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ يُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا. ”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya. (Al-Ahzab(33); ayat 56 Kini anda telah mengetahui bahawa keluhuran budi pekerti itu berpunca dari kesederhanaan dalam kekuatan akal fikiran dan kesempurnaan kebijaksanaan, dan seterusnya kepada pertengahan dalam kekuatan marah dan keinginan syahawat, sedang keadaan kedua-duanya itu patuh dan tunduk kepada pertimbangan akal fikiran dan batasan syarak. Kesederhanaan boleh terjadi kerana dua perkara: (1). Pertana - terjadi kerana kemurahan Tuhan dan kesempurnaan fitrah (semula jadi), iaitu bila Tuhan mencipta manusia itu, diciptanya dalam keadaan sempurna akal fikiran, molek budi pekerti, dilengkapi baginya kemahuan syahawat dan marah, bahkan kedua-dua sifat telah dijadikan baginya sebagai sederhana dan tunduk di bawah pertimbanga akal fikiran dan sayarak. (2). Kedua- Memperolehi budi pekerti itu dengan perjuangan dan latihan-latihan diri, yakni memaksa diri dengan perbuatan-perbuatan yang dikehendaki oleh budi pekeri yang dituntut, misalnya : orang yang ingin melengkapkan diri dengan budi pekerti pemurah hati, maka caranya ialah dengan memaksa diri mentauladani perbuatan-perbuatan seorang pemurah hati, seperti membelanjakjan harta bendanya. Perbuatan serupa itu, hendaklah diteruskan dan di biaskan atas diri secara paksaan, dan melawan dengan sungguh-sungguh nafsu syahawat yang menentangnya, sehingga perbuatan-perbuatan itu lama-kelamaan menjadi tabiatnya. Ketika itu apa yang dituju akan menjadi mudah, dan tidak sukar lagi baginya untuk mernjadi seorang yang pemurah hati. Demikian pulalah dengan orang yang ingin membebntuk dirinya dengan budi pekerti merendah diri, sedangkan ia telah biasa dengan sifat takbur atau bermegab-megah diri. Maka caranya ialah melatih diri dengan perbuatan-perbuatan orang-orang yang merendah diri dalam suatu jangka masa yang panjang. Disamping itu ia mestilah menunjukkan sikap melawan nafsunya dan memaksa supaya tunduk, sehingga lama-kelamaan sifat merendah diri itu meresap pula ke dalam jiwanya, dan akhirnya menjadi ia sebagai budi pekerti orang itu dan tabiatnya. Sesudah itu sikap merendah diri itu menjadi suatu perkara yang mudah dilakukan dan enak dirasakan. Sebenarnya budi pekerti yang terpuji dan akhlak yang mulia di sisi syarak itu hanya akan tercapai menerusi cara tersebut di atas. Dan puncak serta tujuan dari kelakuan-kelakuan ini, ialah supaya orang yang bersifat demikian dapat merasakan kenikmatan dan kelapangan hati dari perbuatan-perbuatan yang timbul dari dirinya itu. Orang yang bersifat pemurah hati ialah orang yang merasa senang dan enak untuk membelanjakan harta kekayaannya, bukanlah orang yang membelanjakan hartanya, sedang ia dalam keadaan terpaksa atau hatinya tidak gembira. Orang yang bersifat merendah diri pula, ialah orang yang merasa enak bila melakukan perbuatan itu. Semua akhlak dan kelakuan yang bersifat keagamaan itu tidak akan meresap ke dalam jiwa seseorang, selagi ia tiada membiasakan dirinya dengan segala adat-adat yang baik, dan meninggalkan segala peerbuatan-perbuatan yang jahat atau buruk. Dalam melaksanakan syarat ini, hendaklah ia bersikap sebagai sreorang yang cenderong kepada perbuatan-peerbuatan yang bagus, dan merasa nikmatr bila melakukannya, membenci perbuatan-perbuatan yang jahat serta merasa kesal bila dia membuatnya. Kemudian dalam berusaha untuk mencapai kebahagian yang dijanjikan atas dasar budi pekerti baik itu tidak cukup dengan merasakan kelazatan taat dan merasa benci membuat dosa hanya dalam satu masa sahaja, sedangkan pada masa yang lain tidak, tetapi seharusnya hal itu berlaku terus menerus di sepanjang hayat. Kini anda telah mengetahui dengan pasti, bahawa semua budi pekerti yang indah itu boleh diperolehi dengan cara latihan diri, iaitu mula-mula denganb memaksa diri berbuat semua perbuatan-perbuatan baik ity, sehingga lama-kelamaan menjadi tabiat. Hal ini terkira antara keajaiban perhubungan antara hati dan anggota-anggota, yakni yang dimaksudkan antara diri dengan badan. Maka tiap-tiap sifat yang timbul di dalam hati, mistilah membawa pengaruhnya ke atas anggota-anggota, sehingga tiada syak lagi bahawa semua anggota tidak akan bergerak, melainkan menurut kemahuan hati. Begitu juga setiap perbuatan yang berlaku pada anggota-anggota terkadang-kadang terpengaruh pula pada hati, dan demikianlah seterusnya perkara itu saling tukar menukar. Jika anda telah maklum bahawa budi pekerti yang baik itu, ada kalanya berlaku menurut ta biat dan fitrah, ada kalanya dengan melatih diri dengan perbuatan-perbuatan baik, dan ada kalanya pula dengan mencontohi peebuatan-perbuatan baik orang ramai dan bergaul dengan mereka, kerana mereka itu adalah kawan-kawan yang menonton ke jalan kebaikan. Sering pula sesuatu tabiat itu mempengaruhi tabiat yang lain, dalam kejahatan atau kebaikan sama belaka. Barangsiapa yang telah muncul dalam dirinya ketiga-tiga sifat tadi, sehingga ia menjadi seorang yang terkenal baik dalam tabiatnya atau dalam kebiasaannya atau dalam mencontohi kebanyakkan orang lain, maka berbahagialah ia kerana ia telah berada di kemuncak keutamaan. Sebaliknya jika ia menjadi jahat dalam tabiatnya dan sering pula bercampur gaul dengan rakan-rakan yang buruk perilakunya dan suka pula meniru perbuatan-perbuatan rakan-rakan yang jahat, sehingga terbukalah di hadapannya pintu-pintu kejahatan dan akhirnya membiasakan diri berbuat jahat, maka celakalah ia kerana ia telah berada di tempat yang jauh dari Allah SWT. Sekian dahulu untuk renungan dan juga untuk dilaksanakan semoga setiap individu yang mencobanya akan menjadi seorang yang berbudi pekerta yang mulia. Wassala mualaikm warahmatulla hiwabarakatuh.....! ---------------------oooooooooo--------------

No comments:

Post a Comment