Monday, 3 September 2012

Ayat Al-Quran yang mengharamkan judi dan minuman arak.







 Ayat Al-Quran yang mengharamkan judi dan minuman arak.



Firman Allah s.w.t. (226)

يَـآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْ اِنَّمَا الـْخَمْرُ وَالـْمِيْسِرُ وَالْاَنْصِابُ وَالْا ْزْلا ًمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتـَنِيـُبوْهُ لـَعَلـَّكُمْ تُفـْلِحُوْنَ (90) ا ِنَّمَا يُرِيْدُ الشَّيْطَانُ اَنْ يُوْقِعَ بَيْنَكُمْ الـْعَدَاوَةَ وَالـْبَغْضَآءَ فِى الـْخَمِرَ وَالـْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ. فَهَلْ اَنْتـُمْ مُنْتَهُوْنَ.  (91). الماءـده 90-91).
Maksudnya:  “Wahai mereka yag beriman.! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan judi yang ditilik pada anak panah yaitu semuanya keji yaitu daripada pekerjaan syaitan, maka jauhilah akn dia moga-moga kamu dapat kemenangan. Sesungguhnya kehendak syaitan itu bahawa menjatuhkan di antara kamu itu, berseteru-seteru dan berbenci-benci.  Pada arak dan judi dan menggalangkan kamu daripada mengingatkan Allah dan daripada sembahyang, maka hendaklah kamu berhenti daripada sekalian itu.

Ulasan:

Difahamklan daripada ayat tersebut Allah s.w.t. menegahkan kamu daripada minum arak dan bermain judi dengan apa jenisnya sekalipun, kerana itu semuanya pekerjaan syaitan yang keji dan amalan syaitan. Dan juga syaitan itu berkhendak menjadikan kamu itu berseteru-seteru dan berbenci-benci di antara satu dengan yang lain, dan lagi pekerjaan itu menggalangkan daripada ingat hati kepada Allah s.w.t., lebih-lebih lagi daripada sembahyang.  Maka semuanya itu menarikkan kamu kepada kebinasaan dan membawakan kamu kelembah kehinaan.  Oleh yang demikian hendaklah kamu jauhkan daripadanya.     (Al-Quran Surah  al-Maiadah ayat 90 dan 91). 226.

Sekian dahulu,
Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh....!

---------------------oooooooooooooooooooooooooo---------------------

No comments:

Post a Comment