Sunday, 30 September 2012

Bab 62 • Adakah Wajib Mengulang Sembahyang.









Adakah Wajib Mengulang Sembahyang.


    Adakah wajib ke atas makmum mengulang sembahyangnya apabila ternyata imamnya berhadas kecil atau hadas besar atau ada  najis yang tersembunyi, iaitu najis hukmi yang tidak mempunyai rasa, warna dan baunya.

    Pada pendapat kebanyakan ulama’ tidak wajib makmum itu mengulang sembahyangnya. Demikianlah juga apa-apa yang tersembunyi ke atas nakmum pada kebiasaannya, maka tidak wajib mengulang sembahyang it seperti imam tidak berniat atau ia tayammum pada tempat yang biasanya ada air atau ia tidak membaca Fatihah, atau basmillah pada solat sirriyyah atau tertinggal membaca tasyahhud.

    (Rujukan: Kitab Ihya Ulumiddin Jil. 1)

No comments:

Post a Comment