Bab 1- Akhlak Mulia Mengabdikan Diri kepada Allah s.w.t
1. Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan
diri kepada Allah s.w.t. kerana mereka dicipta adalah semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Mengabdi bererti
menyerah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah s.w.t. Ia juga dapat diertikan sebagai tunduk
dan patuh kepada semua titah perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala
larangan-Nya.
Firman allah
s.w.t.:
يَأَيُّهَا النـَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ
الـَّذِى خَلـَقَكُمْ وَالـَّذِينَ
مِنْ قَبْلـِكُمْ لـَعَلـَّكُمْ تَتـَّقـُونَ.(البقرة:21)
“Wahai sekalian
manusia Beribadahlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang
yang terdahulu daripada kamu, agar kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. (Al Baqarat ayat 21)
2. Sesungguhnya
tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada
Allah s.w.t. sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk
menikmnati pemberian Allah s.w.t. dalam pelbagai berbentuk dan cara. Malahan kewjujudan mereka di alam buana
ini pun adalah juga nikmat kurnia Allah s.w.t.
3. Sebaliknya
jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk tidak kepada
Khaklik (yang mencipta) bererti mereka telah melakukan suatu perbuatan yang
amat keji dan terkutuk. Dengan
lain perkataan insan sedemikian bolehlah digolongkan ke dalam golongan orang yang tidak berterima
kasih. Di antara laku perbuatan yang boleh menggambarkan pengabdian seseorang kepada Allah s.w.t.
termasuklah:-
a.
Sentiasa melakukan
ibadah khusus dengan sempurna.
Mengabidkan dan beribadah kepada Allah s.w.t. bukan terhad kepada sembahyang,
zakat, puasa, haji, jihad, tahlil, zikir dan tilawah al-Quran tetapi meliputi
semua aspek kehidupan. Malahan semua perbuatan
dan gerak laku insan dikira sebagai ibadah sekiranya perbuatan itu dilandasi
oleh niat yang tulus ikhlas kerana Allah s.w.t
dan dilakukan mengukut lunas-lunas yang dippertentukan oleh syariat.
b.
Sentiasa
bersedia mematuhi perintah melakukan ibadah khusus terutama dikala dan ketika
ibadah-ibadah itu mesti disempurnakan.
c.
Sentiasa menggunakan
nikmat dan kemudahan yang diberi Allah s.w.t. kepada sesuatu yang mendatangkan
manfaat seperti menggunakan panca indera untuk melihat, mendengar, menviun, merasa, dan menyentuh sesuatu yang
disukai Allah s.w.t.
d.
Sentiasa
bersedia untuk menyumbang sebahagian daripada harta untuk badan-badan kebajikan
seperti rumah anak-anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Di samping itu
harta yang dikurniakan itu digunakan untuk membangunkan masjid, madrasah,
sekolah dan tempat-tempat yang memberi manfaat kepada ummah.
e.
Sentiasa
menggunakan pangkat dan kedudukan sebagai alat untuk mengajak manusia kepada
jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Memberikan mereka agar menyedari bahawa pangkat dan kedudukan itu adalah
amanah Allah s.w.t.
f.
Sentiasa
menggunakan kemudahan-kemudahan yang dikurniakan umpamanya kenderaan yang
selesa untuk melwat dan pergi ke tempat-tempat yang disukai Allah s.w.t. Kenderaan mereka lebih banyak dibawa ke
masjid, majlis-majlis ilmu, majlis-majlis silaturrahim dan laina-laian lagi.
g.
Sentiasa
meyakini hukum dan segala keputusan Allah s.w.t. sahaja yang maha benar.
4. Orang yang
sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. akan sentiasa berada dalam
keadaan aman dan bahagia sepanjang masa.
Di samping itu, setiap pekerjaan
dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan sentiasa ditredai oleh Allah
s.w.t.
Firman Allah
s.w.t.
وَلـَوْ أ نَّهُمْ ءَامَنُوْا وَاتـَّقُوْا
لـَمَثـُوبَة مِّنْ عِنْدِاللهِ خـَيْرٌ,
لـَّوْكَانـُوْا يَعْمَلـُون َ (البقرة:
103)
Dan seandainya mereka itu tetap
beriman dan bertqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala): sesungguhnya pahala
dari sisi Allah s.w.t. itu adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya.
(Al Baqarat ayat 103)
Sekian dahulu
dan hal bab ini. Wassala mualikum.
-------------ooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment