Monday, 10 September 2012

Bab 30-setiap orang seharusnya memiliki sifat ramah mesra.

Ketahuilah bahawa setiap orang seharusnya memiliki sifat ramah dan mesra terutamanya dalam pergaulan seharian kerana ia boleh mengeratkan lagi silaturahim di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Adi samping itu, setiap orang juga akan berasa lebih gembira dan selesa apabila berbual dengan seseorang yang ramah dan mesra. Sebenarnya, sifat ramah-tamah dan mesra berpunca daripada hati. Jika hati seseorang itu bersih dan suci pastinya akan lahirlah sifat mulia ini. Sebaliknya jiwa yang kotor akan melahirkan sifat sombong dalam pergaulan seharian. Setiap orang mestilah mempraktikkan kedua-dua sifat mulia ini, di antaranya ialah: 1. Ibu bapa mesti menunjukkan sifat ramah dan mesra ketika melayan dan bergaul dengan anak-anak terutamanya untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sememangnya telah sedia wujud. 2. Sentiasa melayani tetamu, jiran tetangga dan seumpamanya dengan sifat ramah-tamah dan perbualan yang boleh menimbulkan kemesraan serta merapatkan silaturahim. 3. Menunjukkan muka yang manis atau sentiasa tersenyum apabila berjumpa dengan seseorang sama ada yang dikenali atau tidak. …/6 4. Memulakan sesuatu perbualan yang boleh membuatkan seseorang berasa lebih selesa untuk berbual dengan kita. 5. Jangan mengata sesuatu yang boleh menyinggung atau membuat seseorang berkecil hati. 6. Jika kita tidak berperasaan mengenal dia, tetapi dia menegur kita yang bermakna dia kenal dan mesra dengan kita pada satu masa dahulu, jangan bertanya “siapa awak ini”. Cari jalan bagaimana kita boleh ingat akan dia itu, seumpama kita katakan “di mana akhir sekali kita berjumpa” atau… Dia akan menjawab dan memberi tahu akan kesah kita bersama dia. Dengan itu kita hendaklah katakan…”Saya ucap terima kasih kerana menegur saya…dah lupa dah lama sangat…tak jumpa…” Dia akan merasa gembira kerana kita menghormati dia… 7. Jangan berperasaan ego …atau bangga diri dengan pangkat atau taraf kita, lebih tinggi lebih merendah diri adalah lebih baik. Ambil contoh kesah DYMM Sultan Berunai yang dahulu satu masa dahulu belajar di Maktab Tentera England bersama-sama seorang pegawai rendah anak Malaysia. Untuk bersifat mesra Baginda sanggup datang ke Malaysia menemui bekas rakannya itu kerana Baginda telah menerima “Kad Raya” dari rakannya itu. 8. Jangan sentiasa tunjukkan muka yang masam dan bengis, walaupun kita dalam keadaan yang susah, walaupun kita seorang yang baik, maka bawalah amalan wajah muka yang ramah dan mesra. 9. Jangan selalu bersifat “kelam kabu” sama ada di rumah ataupun di tempat kerja, kerana keadaan diri yang sebegitu walaupun kita orang yang baik dan ramah mesra, orang bimbang dan akan anggap kita seorang yang sombong dan tidak riang ria, tidak ada masa hendak mengadakan perbualan atau perbincangan dengan kita. …/7 10. Jangan mengenakan pakaian yang luar biasa dari selalu atau pakaian yang bercanggah “dengan arus”., maka orang akan anggap kita terdiri dari orang yang ego, orang yang riak dan akan menakutkan orang lain hendak bertemu atau berbual dengan kita. 11. Dalam masa perbualan sesama rakan kenalan atau para sahabat, jangan selalu kita mengatakan yang kita sudah tahu perkara itu lebih dahulu. “Ya….Memang…aku dah tahu dulu lagi….! Orang akan tidak senang dengan perbualan kita itu. 12. Begitu juga jangan kita selalu bersifat “berdiam diri”, dan tinggal berseorang di cerok atau penjuru bilik yang gelap, orang akan takutkan kita dan tidak banyak yang ingin bersahabat, kerana kita tidak riang dan ria selalu. Sekian dahulu untuk menjadi panduan. Sebenarnya banyak lagi yang terdapat di hari ini keadaan orang yang tidak riang ria, justeru itu penulis berharap kalau tidak boleh diamalkan semuanya, maka separuh sahaja dari yang tersurat di atas sudah mencukupi bagi keadaan rang dan ria. Wassala mu alaikum….. -------------ooooooooooooooo------- …./ .

No comments:

Post a Comment