BAB 32 –Jadikan Budaya Tidak
Mementingkan Diri (32)
Sesungguhnya pada zaman ini
kebanyakan manusia lebih suka mementingkan diri sendiri dalam pelbagai perkara
yang mereka lakukan. Seharusnya mereka
harus sedar bahawa sifat mementingkan diri sendiri merupakan amalan yang buruk
yang tidak seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Pelbagai masalah akan timbul
apabila sifat tersebut diamalkan.
Antaranya, orang tidak akan membantu atau menolong seseorang yang suka
mementingkan diri sendiri, timbulnya pergaduhan, hilangnya keharmonian dalam
persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya.
Oleh itu dalam kehidupan
bermasyarakat, setiap orang perlu mempunyai sifat mengambil berat serta mementingkan bukan sahaja diri mereka
tetapi juga masyarakat, organisasi dan sebagainya. Adalah wajar sekali bagi
mereka mengamalkan perkara-perkara berikut yang melibatkan tidak mementingkan
diri sendiri:-
1.
Meluangkan masa untuk berjumpa dan bermesra
dengan jiran tetangga agar tali silaturahim dapat dieratkan sepanjang masa.
2.
Turut serta
dalam aktiviti kerja-kerja gotong-royong dan saling membantu untuk melakukan
kerja-kerja yang berbentuk sosial.
3.
Mengambil berat
tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat sama ada yang rasmi atau
tidak rasmi.
4.
Menyumbangkan
sebahagian daripada harta kekayaan dan penghasilan yang diperoleh untuk
kemudahan dan kepentingan masyarakat seperti menderma untuk anak-anak yatim dan
sebagainya.
Firman Allah SWT:
مَثـَلُ الـَّذِيـْنَ
يـُنـْفـِقـُوْنَ اَمـْوَا لـَهُمْ فِىْ سَبـِيـْلِ اللهِ كـَمـَثـَلِ حَبـَّة ٍ
اَنـْبـَتـَتْ سَبـْعَ سَنـَا بِلَ فِىْ كـُلِّ سُنـْبـُلـَة ٍ
مـَّا ءَــة ُ
حـَبـَّة ٍط وَالله ُ يـُضَعـِفُ لـِمـَنْ يـَّشـَآء ُط
وَالله ُوَاسِع ٌعـَلـِيـْم ٌ
(البقرة 261)
Bermaksud: “Misalnya orang-orang yang
menafkahkan harta-hartanya pada jalan Allah, seperti sebuah biji yang tumbuh
menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah
melipatkan gandakan bagi siapa yang dikehendaki Nya, dan Allah luas (kurnia
Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 261)
5.
Sentiasa prihatin terhadap penderitaan yang ditanggung
oleh orang lain.
6.
Memberi bantuan
kepada orang yang memerlukannya sedaya upaya yang boleh.
Apabila setiap orang mempunyai
sifat tidak mementingkan diri sendiri, maka kehidupan masyarakat akan menjadi
lebih bahagia kerana mereka akan saling membantu di antar satu sama lain.
Pelbagai masalah di dalam
keluarga serta masyarakat akan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya apabila
setiap orang memberikan kerjasama yang sewajarnya. Seterusnya berikutan itu sebuah keluarga dan
masyarakat penyayang akan dapat diwujudkan.
Justeru itu penulis mengajak
marilah kita bersama-sama sentiasa mengamalkan sifat yang tidak
mementingkan diri sendiri demi untuk kebahagian kita bersama di dunia dan di
akhirat kelak.
Wassala mua laikum…….
------------oooooooooo--------------------
No comments:
Post a Comment