MENJADI
LELAKI SOLEH
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.
أَوْأ مَنْ عَمِلَ سَيِّـءَـة فَلَايُجْزَى
إِلَّامِثـْلَهَا. وَمَنْ عَمِلَ صَلِحًا
مِّنْ ذَكَر اَوْءُنْثـَى وَهوَمُؤْمِنٌ فَـأ وْلَـءِـكَ يـَدْ خـُلُونَ الْجَنـَّة
يُرْزَقـُونَ فِيهَا
بِغَيْرِ حِسَابٍ. (المؤمين 40)
Bermakasud:
Barangsiapa
mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding
dengan kejahatan itu. Dan
barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia
dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di
dalamnya tanpa dihisab. (Al-Mukmin: ayat
40)
Lelaki Kepada
Ibu Bapa Soleh Berbakti.
Di dalam
Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23-25, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
”Dan Tuhanmu
telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau
kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah
kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”uffhah” perkataan tidak baik dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia”
”Dan
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan
ucapkanlah: ”wahai Tuhanku, kasihkanlah mereka berdua, sebagaimana mereka
berdua telah mendidik aku di waktuku kecil”
”Tuhanmu
telah mengetahui apa yang ada dalam hatimu: Jika kamu orang-orang yang baik,
sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat”
Pengertian
Berbakti kepada dua Ibu Bapa.
Berbakti
kerpada keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah
seorang dari mereka menyuruh anak, mengerjakan amal ibadat, bertaqwa kepada
Allah, membantu nereka dengan wang ringgit atau kerja-kerja yang bermanafaat, maka
wajiblah mentaatinya apabila perintah itu bukan yang melakukan maksiat. Meskipun apda aslnya suruhan itu bukan jenis
mubah.
Ada
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
”Tidaklah
seorang muslim mempunyai ibu bapa yang muslim dan dia berbakti kepada keduanya,
melainkan Allah membuka baginya dua pintu syurga. Jika seorang saja maka satu pintu.
Dan apabila ia membuat marah salah seorang dari mereka, Allah tidak redha
kepadanya sampai orang tua itu redha kepadanya.”
Kecintaan
Pada Ibu.
Diriwyatkan
dalam Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a., Ia berkata seorang lelaki datang
kepada Nabi s.a.w., lalu berkata: ”Siapakah
orang yang paling berhak untuk mendapat perlakuan baik dariku?” Baginda
menjawab ”Ibumu”. Orang itu berkata:
”Kemudian siapa?” Baginda menjawab: ”Ibumu”. Orang itu berkata” Kemudian
sipa?” Baginda menjawab:”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda
menjawab ”Ayahmu”
Hadis ini menunjukkan kecintaan dan kasih sayang
kepada ibu harus tiga kali lipat dari kecintaan terhadap ayah. Nabi s.a.w. menyebut tiga kali dan menyebut
ayah hanya sekali saja. Pengertian ini
boleh dibuktikan dengan nyata, kerana ibulah yang mengalami kesulitan hamil,
memeliharakan, menyusui dan mendidik. Inilah tiga hal yang tidak dirasakan oleh
ayah.
Beriman
dan Beramal Soleh.
Dalam
al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 9 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
”Dan
orang-orang yang beriman serta berbuat amal soleh, nescaya mereka Kami masukkan
di antara orang-orang yang soleh.”
(Al-Ankabut ayat 9)
Mendoakan
Kepada Ibu bapa.
Anak
harus mendoakan orang tuanya. Sebetulnya pahala boleh sampai dengan setiap amal
soleh dari anak, baik ia mendoakannya ayahnya atau tidak, kerana Allah memberi
pahala kepada setiap perbuatan hamba, baik usahanya sendiri secara langsung
atau tidak langsung. Ketentuan merupakan dorongan bagi anak berdoa, agar
bermanafaat bagi ayah dan ibunya dalam tiga segi.
Sebagaimana penanam pohon dan mendiri tempat tempat pengenipan
umum, misalnya akan mendapat pahala atas kekenyangan orang muslim yang
memakannya dan ketenangannya, baik si pemakan dan si penginap, mendoakan kedua
orang tuanya. Dalam sehari sekali, atau dalam sebulan, atau dalam setahun. Anak hedakalah mendoakan ayah dan ibunya di
akhir solat (di akhir setiap solat sesudah menbaca tasyahud.)
Memohon
ampun Untuk Ibu dan Bapa.
Anak hendaklah
memohon ampun kepada Allah s.w.t. bagi keuda ibu bapanya. Mengenai hal ini
diriwayatkan dari Abi Hurairah, ia berkata, bersabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
”Sesungguhnya
ada orang yang dinaikkan darjat di syurga”
Ia berkata ”Wahai Tuhan dari mana aku boleh mencapai darjat ini?”
Dijawab: ”dengan permohonan ampun bagimu oleh anak-anak mu.”
(HR Ahmad, Ibnu
Majah dan Baihaqi”)
Bila
memohonkan rahmat bagi kedua orang tua dan memohon ampun bagi keduanya merupakan
bakti kepada kedua orang tua sesudah meninggal termasuk bakti pula bersedekah
bagi mereka.
Melunasi Hutang
Ibu Bapa.
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas, ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan
bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:
”Ya
Rasulullah, ibuku meninggal dan ia berhutang puasa sebulan. Apakah aku harus
membayarkannya bagi ibuku?” Baginda
bersabda: ”Andaikata ibumu berhutang wang, apakah engkau harus
membayarnya?” Orang itu menjawab: ”Ya”
Baginda bersabda: ”Hutang Allah lebih patut dibayar”
Begitu
pula bakti kepada kedua orang tua adalah menunaikan ibadah haji sesudah mereka
meninggal dunia. Diriwayatkan dari Ibnu
Abbas, seorang wanita dari suku Jahaniah
datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:-
”Sesungguhnya
ibuku bernazar untuk menunaikan haji, namun ia tidak mengerjakan haji sampai mati. Apakah aku
mengerjakan haji untuknya?” Baginda
bersabda: ”Kerjakanlah haji untuknya. Bagaimana kalau ibumu berhutang, bukankah
engkau melunaskannay?” bayarkanlah,
kerana nazar itu lebih patut untuk dilunasi”
(HR Bukhari)
Belaian Mesra
Ketika Mereka Tua
Firman Allah
s.w.t. dalam Al-Quran surah Al-Isra’
ayat 23 yang bermaksud:
”Jika
salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaan kamu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanhya
perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan- lah kepada
mereka perkataan yang mulia. (Al-Isra’ ayat 23)
Masa
pemeliharaan yang lama biasanya menyebabkan rasa berat, menimbulkan kebosanan
dan kejemuan, sehingga kadang-kadang timbul kemarahan kepada kedua orang tua.
Setidak-tidaknya menampakkan rasa jemunya dengan tarikan nafasnya yang berulang-ulang. Allah s.w.t. menyuruh melayani kedua orang
tua dengan perkataan yang mulia, bersih dari cela. Sekadar memandang kepada
keduanya dengan marah juga dianggap derhaka.
Sebagaimana
firman Allah s.w.t dalam Al-Quran surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermksud”
”Kami
perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya.
Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan nelahirkannya dengan susah payah.
Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia
telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun ia berdoa: ”Ya Tuhanku,
tunjukilah aku untuk mensyukuri niknmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku
dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
dapat berbuat amal solih yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan
(memberi kebaikan) kepada anak-cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau
dan sesungguhnya aku teemasuk orang-orang yang brserah diri.”
(Al-Ahqaf ayat 15)
Lelaki Soleh Sebagai
Suami
Agama
Islam telah meangkat darjat seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah.
Suami soleh adalah seorang suami yang berpegang teguh dengan syariat Allah
dalam kehidupannya iaitu:
a.
Suami soleh
menunaikan kewajipan-kewajipan Allah, keluraga dan semua orang yang menjadi
tanggungannya dengan semangat, penuh perhatin serta lapang dada.
b. Suami soleh tidak tamak, tidak menuntut hak
lebih banyak
dari yang semestinya, bahkan tolak ansur dengan kekurangan yang ada. Ia tidak menyia-nyiakan kewajipan-kewajipannya,
bahkan ia tunaikan sebelum menutut haknya.
c.
Suami soleh
hendaklah membahagiakan isterinya, dengan berkeperibadian akhlak yang mulia. Hendaklah suami soleh menghiasi dengan
perangai-perangai orang soleh yang terpilih . Bersikap menyenangkan tatkala ia
kembali dari tempat kerja atau dari perjalanan jauh. Hendaklah menunjukkan wajah yang berseri bila
bertemu isterinya dan berikan senyuman yang tulus ikhlas.
d. Seorang suami bila berbicara dengan isnterinya hendaklah
mnggunakan kata-kata yang baik dan ungkapan yang menarik. Hendaklah kalimat
yang diucapkan diiringi dengan sikap yang menjadikan isteri merasa dirinya
diambil perhatian. Hendaklah dengan lemah lembut dan jelas, mudah diterima.
Jangan dengan cara memekik-mekik menjadikan isterinya merasa takut danbenci
terhadapnya.
e.
Mendidik dengan
akhlak yang mulia iaitu anak kecil perlu mendapatkan didikan nilai-nilai yang
murni dari ibu bapa. Sebagai permulaannya
ibu bnapa perlu membuat contoh diri mereka dengan bderperangai yang baik supaya mdenjadi contoh adan ikutan olah
anak-anak. Jangan ada pergaduhan asesama ibubapa,jadikan rumah tangga sebagai
taman syurga bagi mereka.
f. Saling
tolong Menolong antara Suami Isteri
Seorang suami soleh yang baik dapat
memberikan rasa senang kepada isteri dengan membantu melaksanakan
tugas-tugasnya. Alangkah indahnya
saat-saat itu, saat suami ada dsi sisinya membantu menringankan beban dengan
sikap tulus ikhlas. Kehidupan rumahtangga merupakan kerja sama suami
isteri. Ada beberapa urusan yang menjadi tanggungjawab isteri. Namun tidaklah dilarang suami turut membantu
menunauikan tanggungjawab itu. Suami hendaklah membantu meringankan
tanggungjawab isteri untuk sebagai mewujudkan kedamaian, ketenagan, perasaan,
ceria suka cita dan beroleh kebahagian.
Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud :-
” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanbda bagi kaum yabng
berfikir.” (Ar-Rum ayat 21)
----------------------oooooooooooo-----------------------
No comments:
Post a Comment