Monday 10 September 2012

BAB 29- JADIKANLAH BUDAYA MENEPATI JANJI.

BAB 29- JADIKANLAH BUDAYA MENEPATI JANJI. Memang mudah sekali bagi jiwa mencita-citakan sesuatu, lebih-lebih lagi mempunyai tikad keazaman di masa kini, sebab lidah tidak bertulang dan untuk membuat janji dan azam memang tidaklah sukar, kerana risikonya tidak berat. Tetapi apabila segala yang dicita-citakan itu hakikat dan segala yang tuntutnya itu telah tercapai, akan berkubarlah nafsu dan syahawat untuk mempengaruhi keazaman tadi, sehingga akhirnya keinginan yang mula-mula itu menjadi meleset. Maka menanglah kehendak hawa nafsu ke atas kehendak cita-cita. Manakala janji tinggal janji sahaja, tidak ditepati. Tentulah sikap seperti ini berlawanan dengan sifat-sifat benar. Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghubungkan keimanan dengan kemunafikan dan janji. Baginda memasukkan orang yang sering memungkiri janji ke dalam kategori orang munafik. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tiga tanda orang munafik, iaitu apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir janji dan apabila diberi amanat dia khianat.” (Hadis Riwayat al- Bukhari dan Muslim) Imam An-Nawawi r.h. berpendapat, “Apabila seseorang yang beriman mempunyai salah satu daripada sifat kemunafikan ini maka ia menyerupai orang munafik.” …./3 Umar Al Khattab r.a. sering menyatakan kebimbangannya jika terdapat tanda-tanda munafik pada dirinya. Berikutan dengan itu beliau sering bertanya kepada Huzaifah, Setiausaha Sulit Rasulullah s.a.w. dengan katanya . “Adakah pada diriku tanda-tanda orang munafik?” Pertanyaan yang serupa berkali-kali ditanyakan kepada Huzaifah dengan harapan semoga beliau dapat memberi jawapan yang pasti kepada soalan Umar itu. Oleh sebab itu setiap orang yang berjanji wajib melaksanakan janji dengan sempurna. Walau bagaimanapun, sebelum membuat sesuatu janji seseorang mestilah memerhati dan waspada terhadap janji yang akan dibuat, di antaranya ialah: 1. Jangan selalu kita menganggap janji dan untuk kita menepatinya sebagai sesuatu yang remeh temeh. 2. Janji yang dibuat mestilah selari dan sesuai dengan peruntukan syarak. 3. Perjanjian yang mengarah kepada kederhakaan kepada Allah s.w.t. tidak boleh ditepati bahkan perlu dihindari. 4. Sebelum membuat janji kedua belah pihak mestilah memperhitungkan secara matang tentang kesesuaian, kebolehan dan kepastian janji yang dibuat. Jika situasi dan keadaan tidak memungkinkan, seeloknya janganlah membuat janji itu. 5. Catatkan janji itu di dalam buku catatan supaya tidak dilupai. …/4 6. Tidak boleh membatalkan janji semata-mata disebabkan terdapatnya tawaran yang lebih baik daripada orang ketiga mengenai sesuatu yang telah dijanjikan. 7. Perkara-perkara yang membawa kepada kesia-siaan perlu dihindari daripada perjanjian itu. 8. Seandainya atas sesuatu sebab yang benar-benar tidak dapat dielakkan, hubungi segera orang yang di janji untuk memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan janji itu. Orang yang sentiasa menepati dan menghormati janji akan lebih disukai dan dihormati. Di samping itu, ia juga merupakan sifat terpuji yang perlu ada dalam diri setiap orang. Renunglah sebuah Syair Arab yang mengatakan: “Jangan katakan “Ya” kalau engkau memang bermaksud tidak menyempurnakan janji.” “Eloklah perkataan “Ya” sesudah “Tidak” dan buruklah perkataan “Tidak” sesudah “Ya” “Perkataan “Tidak” sesudah “Ya” adalah buruk.” “Maka mulakan dengan “Tidak” kalau engkau takut menyesal.” “Kalau engkau sudah mengatakan “Ya” tunaikan janji kamu.” “Menyalahi janji adalah perbuatan tercela.” Sekian, Wassala mualaikum………. -------------ooooooooooooooooooooo------------------------ BAB 32 – PERLAKUAN RAMAH DAN MESRA

No comments:

Post a Comment