Friday, 26 October 2012

Pos 649 - AGAMA SYI‘AH - Taqiyyah (Berpura-pura).









   Elakkan perbincangan mengenai Syiah.....


AGAMA SYI‘AH - Taqiyyah (Berpura-pura).

 Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh al-Kulaini: Abu Umar al-A'jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan
dihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)

AGAMA ISLAM -

 Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat
kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut bahawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)


AGAMA SYI‘AH-
Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada
agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan: “Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telasepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih
daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.

AGAMA ISLAM-
 Ulama-ulama Islam sepakat bahawa kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adalah satu kekufuran.Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al-Quran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al- Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).


AGAMA SYI‘AH -

 Menghalalkan Nikah Mut'ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam. Nikah
Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286). Malah perempuan yang ingin dimut`ahkan tidak perlu ditanya samaada isteri orang atau tidak.

Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As
Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mut'ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri).   (bersambung).....


                        ------------------------------oooooo--------------------------------
             Dipetik dari  - www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html


Pos 648 - AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG










                                        (Gambar ini sebagai hiasan sahaja...)


ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM AGAMA SYI‘AH -

 Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat
dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-


Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)


AGAMA ISLAM- 


Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamalamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.

AGAMA SYI‘AH- 


Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: "Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak
sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul". (Al-Hukumah al-Islamiah – hal 52)


AGAMA ISLAM- 


Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)

AGAMA SYI‘AH-


 Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada' ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku
kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as- Syiah hal. 84).


AGAMA ISLAM-


 Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran al-Karim: "Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”.(Al-Talaq 12). Menjawab Propaganda (Perangkap) Syiah:
Hanya Iran & Syiah mampu melawan Amerika & Zionis. Hakikatnya, Iran & Syiah yang membantu......

 (bersambumg.....)

                       ---------------------------------ooooo---------------------------
Dipetik dari - www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html








Pos 647 -Golongan Syi’ah ini dinamakan Imamiyyah Ithna








                          Gambar ini sebagai hiaan sahaja.....


Golongan Syi’ah ini dinamakan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah kerana akidah utama mereka adalah kepercayaan kepada 12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.

Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).

Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.

Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet,orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya. Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

 Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.

                        -------------------------------oooo------------------------
                    Dipetik dari: www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah/html








Pos 646 - Syiah Yang Sesat dan Menyesatkan








                                          Gambar ini adalah bagai hiasan ahaja .....


SYIAH YANG SESAT DAN
MENYESATKAN


Hari ini Syiah menguasai Iran, Iraq, Syria dan bertapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Lebanon. Kehadiran mereka dirasai di India,Pakistan dan negara-negara Arab. 


Mereka mula bertapak dan mengembangkan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, kumpulan Syiah secara terang-terangan menubuhkan pusat-pusat aktiviti dan pengajian (yang dikenali sebagai
dan Husein r.a. malah Fatimah r.a sebagai tuhan, bertawaf di
Kaabah yang dibina di Karbala, menambahkan syahadat dalam
azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah
(berpura-pura dan menipu) dan seribu satu kesesatan dan
perkara-perkara baru dalam Islam.


RISALAH PEMURNIAN AQIDAH
INTRO


"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala
ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangk
at Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."


*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya
menganut fahaman Syi`ah. Presiden Syria Basyar al-Assad yang sedang menyembelih umat Islam di sana juga merupakan penganut Syiah.


SIAPAKAH SYI‘AH?


Syi‘ah ialah golongan yangmendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Mereka juga mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang. Inilah perkara
pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. 


Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep mengkafirkan sahabat. 

Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah
Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah.


Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.


SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH


Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik
oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-


1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)


Lakaran Imam 12 Syi`ah


Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam:


 Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.

Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran.


 Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan di diskriminasi.

Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah seperti yang berlaku di Syria.


Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.
'hauzah') di Gombak, Selangor, Perak, Kedah dan di Johor.


 Kehadiran mereka amat dirasai bila tibanya 10 Muhamaram setiap tahun di mana mereka akan
menyiarkan rencana berkenaan Karbala dan mengadakan sambutan di hauzah-hauzah mereka. 


Mereka aktif berdebat di internet dan menyebarkan bukubuku
propoganda dengan meletakkannya di masjid-masjid atau tempat-tempat tumpuan awam. Ramai umat Islam telah terjebak dengan kumpulan ini melalui perkahwinan dan pendidikan. 


Mereka juga bergiat cergas di pusat-pusat pengajian tinggi dan ada di antara mereka yang menyebarkan doktrin ini melalui
karya sastera dan bergiat cergas dalam politik kepartian.


Apakah Syiah ini? Syiah (terutamanya, Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyah atau Jaafariyah yang diamalkan di Iran dan Iraq) ialah sebuah ajaran yang
memaki dan mengkafirkan sebahagian besar sahabat nabi s.a.w. seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah r.a. 


Ajaran ini juga mengatakan al-Quran yang ada
sekarang ini telah diselewengkan, juga mengatakan Allah jahil, Imam-imam mereka adalah maksum malah lebih dari nabi dan malaikat, menganggap Ali dan...


Risalah ini cuba untuk memberi gambaran sepintas lalu, tetapi memadai untuk mendedahkan siapa
sebenarnya golongan Syiah ini dan untuk membantah mereka yang berpendapat ianya adalah
mazhab kelima dalam Islam.


 Golongan Syiah mendakwa ajaran mereka kononnya datang dari
anak cucu nabi s.a.w. (ahlul bait) dan kononnya mereka sahaja yang mencintai ahlul bait.


 Risalah ini akan mendedahkan bahawa Syiah ialah bukan sebahagian dari Islam malah sebuah agama lain
dan kita, ahli sunnah, yang lebih menyayangi ahlu-bait berbanding golongan Syiah.   (bersambung)



 -----------------------------oooooooooooooo-----------------------
Dipetik dari: www.islam.gov.my/e rujukan/syiah/html

Saturday, 20 October 2012

Pos 645 - Tauhid kepada Allah SWT










1.     Pos 645 - Tauhid kepada  Allah SWT

(i)                            Tauhid Rububiyyah  (Zat yang mencipta…..)

Tauhid Rububiyyah ialah pengakuan, bahawa seluruh alam ini, baik alam nyata (alam benda) atau alam ghaib (alam roh), dicipta oleh satu Tuhan. Tuhan yang satu itulah yang mencipta bumi, langit, bulan, matahari dan bintang. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta jin, malaikat dan iblis. Tuhan yang satu itu jugalah yang menghidupkan segala yang hidup. Tuhan yang satu itu jugalah yang menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta mata kita semua. Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta tanah air kita yang indah ini. Tuhan yang satu itulah yang mencipta kuman dan nyamuk yang halus, dan Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta gajah, gunung dan planet-planet.

(ii)                          Tauhid Uluhiyyah ialah, hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta pertolongan, beribadat, berzikir. Hanya Tuhan yang satu itulah yang kita sanjung, kita puji, dan hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita minta perlindungan dari segala bahaya, kita meminta kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.  Jadi kita tidak boleh  memohon, meminta daripada kubur, daripada Nabi, daripada Malaikat, daripada Wali atau Ulama yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal.  Tidak juga daripada keris pusaka atau lain-lain benda.

Tauhid Rububiyyah dimiliki oleh semua manusia, yang mukmin atau yang kafir, bahkan dimiliki oleh binatang-binatang yang tidak berakal dan alam benda atau batu-batu dan gunung-gunung.

Sedangkan Tauhid Uluhiyyah hanya dimiliki oleh beberapa orang manusia yang mengaku adanya Tuhan yang mencipta segala yang ada serta menundukkan kepala menyembah kepada Allah, beribadat menyembah Allah, berzikir membesarkan Allah, memuji Allah, dan  mensucikan  Allah, dan menjalankan segala perintah Allah dengan perantaraan Nabi-nabi dan Kitab-kitab Suci Nya, dengan perantaraan agama Nya iaitu agama Islam.

Tauhid Rububiyyah tidak bernilai apa-apa kalau tidak disertai dengan tauhid Uluhiyyah.  Pengakuan bahawa alam ini dicipta seluruhnya oleh satu Tuhan, tidak mempunyai nilai apa-apa apabila tidak diiringi dengan ibadat serta ketaatan kepada Tuhan Yang Esa (Satu) itu.

(iii)                        Tauhid Asma, Sifat & Zat (Akidah Ahli Sunah (m.s.211)

Adalah wajib beriman kepada asma (nama-nama) dan sifat-sifat Allah. Iaitu dengan menetapkan asma dan sifat-sifat tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan Allah untuk zat Nya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang layak baginya.
 Firman Allah:
وَالِلهِ الْأسْمـَآءُ الْحُسْنَى فَادْعُوْهُ بِهَا صلى
 وَذَروُا الـَّذِيْنَ يُلـْحِدُونَ فِى
أَسْمَـءِـهِ ج سَيِجْزَوْنَ مَا كَانُوءا يَعْمضلـُونَ.
   (الأعراف: 180)
Allah mempunyai asma’ul-husna (nama-nama yang  baik bagi mulla), maka bermohonlah kepada Nya dengan menyebut nama-nama itu dan tinggalkanlah orang yang menyimpang daripada kebenaran ketika menggunakan nama-nama Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan. (Al-A’raf ayat 180)
Maksud tauhid al-asma’  (nama-Nama san sifat-sifat) ialah beriman dengan keimanan dan pengakuan yang tegas, sempurna dan teguh kepada semua nama-nama Allah dan sifat-sifat Nya yang terdapat di dalam al- Kitab dan as-Sunnah. Seseorang itu sama sekali tidak boleh manamakan Tuhan kita (Allah) kecuali dengan nama-nama yang Dia sendiri telah menamakan atau yang telah dinamakan oleh Rasul Nya s.a.aw.  Tauhid as-sifat (sifat-sifat) ialah tidak mensifatkan Allah kecuali dengan sifat yang telah disifatkan Nya sendiri atau telah disifatkan oleh Rasul Nya s.a.w.

2.     Pengertian Keimanan Atau Akidah.

Yakni tersusun dari enam perkara iaitu: (Buku Akidah Islam ms 16

i)                    Ma’rifat kepada Allah- ma’rifat dengan nama-nama Nya yang mulia dan sifat-sifat Nya yang tinggi. Juga ma’rifat dengan bukti-bukti  wujud atau ada Nya serta kenyataan sifat keagungan Nya dalam alam semesta atau dunia ini.

ii)                 Ma’rifat dengan alam yang ada di balik alam semesta ini. Yakni alam yang tidak dapat dilihat. Demikian pula kekuatan-kekuatan kebaikan yang terkandung di dalamnya yakni yang berbentuk malaikat, juga kekuatan-kekuatan  jahat yang berbentuk iblis dan sekalian tenteranya dari golongan syaitan. Selain itu juga ma’rifat dengan apa yang ada di dalam alam yang lain lagi seperti jin dan roh.

iii)               Ma’rifat  dengan kitab-kitab Allah Taala – yang diturunkan oleh Nya kepada Rasul. Kepentingannya ialah dijadikan sebagai batas untuk mengetahui antara yang hak dengan yang batil, yang baik dan yang buruk, yang halal dan yang haram, juga antara yang bagus dan yang buruk.

iv)               Ma’rifat dengan Nabi-nabi serta Rasul-rasul Allah Taala – yang dipilih oleh Nya untuk menjadi pembimbing ke arah petunjuk serta pemimpin seluruh makhluk guna menuju kepada yang hak.

v)                 Ma’rifat dengan hari akhir dan peristiwa-peristiwa yang terjadi di saat itu seperti kebangkitan dari kubur (hidup lagi sesudah mati), memperoleh balasan, pahala atau seksa, syurga atau neraka.

vi)               Ma’rifat kepada takdir (qada’ dan qadar) yang di atas landasannya itulah berjalan  peraturan segala yang ada di alam semesta ini, baik dalam penciptaan atau cara mengaturnya.

3.      Akidah Islam (ms 61)

i)                    Sifat-sifat Allah Taala –Allah SWT sebagai Maha Pencipta alam semesta ini, selain memiliki Asmaa-ul  Husna (nama-nama yang baik) sebagaimana diuraikan di muka, juga memiliki sifat-sifat yang luhur yang merupakan penetapan dari kesempurnaan Nya serta keagungan Illhi Nya. Sifat-sifat ini hanyalah dimiliki oleh Maha Pencipta itu sendiri dan oleh sebab itu tidak sesuatu pun menyengutui  Nya atau memiliki sifat-sifat yang sama sebagaimana  yang dipunyai Nya oleh Allah SWT itu. Sebabnya demikian ini  ialah kerana Allah SWT itu adalah Maha Esa.  Dia sebagai Tuhan dan  pujaan yang satu-satunya, tiada Tuhan selain daripada Nya, tiada pujaan yang boleh disembah melainkan Allah.
Sifat-sifat yang menjadi milik Allah SWT itu, di antaranya ada yang disebut sifat-sifat salbiah dan di antaranya lagi ada yang disebut sifat-sifat tsubutiah.

1)     Allah SWT itu bersifat Awal dan Akhir
2)    Permulaan kejadian menurut pendapat para  alim ulama
3)    Permulaan kejadian menurut pendapat sarjana-sarjana ilmu falak  dan susunan bumi
4)    Allah SWT tidak serupa dengan sesuatu
5)    Allah SWT adalah Maha Esa
6)    Tritunggal adalah akidah keberhalaan (73)
7)    Mengetahui  ilmu (83)
8)    Mendengar (Sama’) dan Melihat (Bashar)  87
9)    Sifat-sifat Dzat Dan Sifat-sifat Af’al -88
10)          Sifat-sifat Allah sebagai Tiang Penunjuk Jalan – 90
        ii). Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya

               Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

وَإِذَا سَأَلـَكَ عِبَادِىْ عَنِّي فَإِنـِّىْ قَرِيْبٌ صلى
أُـُ جِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَادَعَانِ  صلى
فـَلـْيَسْتـَجِيْبُوْا لِىْ وَلـْيـُؤْ مِنُوْابِىْ لـَعَـلـَّهُمْ يَرْشُـدُوْنَ  (186)
                “Apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka  
               (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir  
               (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa
                kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku (dengan mematuhi
                perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka
                 sentiasa berada dalam kebenaran.” (186)

Sekian dahulu, akan muncul semula….

 -----------------oooooooooooooo------------------------

Pos 644 - Ilmu itu Lebih mulia dari permata














Pos 644 - Ilmu itu Lebih mulia dari permata



عقبة الاولى وهى عقبة العلم.  Pertama.

 Ilmu itu seperti  paku kutub yakni di atasnya tempat edaran. Ilmu dan ibadat itu wujud  kerana keduanya barang yang di lihat dan dengar daripada karangan orang yang mengarang dan keduanya diturunkan kitab dan di suruh segala pesuruh bahawa Allah SWT yang menjadikan langit dan bumi amat berkuasa dan telah meliputi segala ilmu Nya, Istimewa pula  ilmu tauhid untuk mengetahui menyembah Allah.

Ketahuilah ilmu itu lebih mulia dari permata kerana sabda Rasulullah saw bahawa kelebihan orang yang berilmu itu lebih dari orang yang abid. Sabda Baginda SAW lagi bahawa Allah SWT lebih kasih orang yang berilmu seperti lebih setahun puasa dan sembahyangnya dan orang yang tidak berilmu seperti debu yang bertaburan di tiup angin.

Ilmu itu seperti pohon kayu dan ibadat itu seperti buahnya, dan tuntut ilmu itu yang tiada beri mudarat pada ibadat. Bahawa ilmu itu lazimnya diikuti dengan ibadat supaya berhasil ibadat itu.

Supaya hasil bagi mu ibadat maka wajib engkau ketahui ilmu bagaimana Tuhan yang di sembah  nama Nya, sifat dan zat Nya dan barang yang wajib bagi Nya dan barang yang mustahil pada hak Nya. Ada kalanya engkau beriktikad pada sifatnya sesuatu yang tidak patut bagi zat Nya, maka jadilah ibadatnya kamu seperti debu yang bertaburan.

Kemudian wajib bagi mu belajar ilmu yang wajib atas mu mengerjakan ibadat dari segala  wajib hukum syariah supaya engkau mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang di ditegah. Seperti bersuci, sembahyang, puasa dan yang lain-lain dan engkau belajar dengan  hukumnya dan syarat-syaratnya. Jika tidak berilmu engkau kerjakan dengan  apa yang tidak ketahui apa dia, atau engkau menjauhi maksiat yang engkau tidak ketahui maksiat itu. Terkadang engkau bertemu dengan suatu yang kesamaran dan tiada dapat hendak bertanya kerana tiada belajar ilmu itu.

Kemudian belajar pula ibadat yang batin iaitu tempat perjalanan  hati dengan tekun dan sabar dan ikhlas, dan segala yang nahi yakni yang ditegah, seperti riak dan takbur supaya jauhkan dia, kemudian pula beberapa yang fardu yang telah di nas Allah SWT dalam Kitab suci al-Quran, melalui Nabi Muhammad SAW. Kamu tuntut ilmu dengan sabar seperti firman Allah SWT “Allah berserta orang-orang yang sabar”

Jika engkau tiada berilmu engkau tinggalkan fardu yang di suruh seperti sembahyang dan puasa, engkau berusaha yang haram,  mengekalkan maksiat yang wajib untuk api neraka, kamu pula bersifat marah dan riak. Maka inilah bala bagi orang yang membuat amal dengan tidak ilmu.

                     --------oooooo-------