Pos 141 (610)-Bagaimana anda hendak mengerjakan
sembahyang qasar serta jamak takdim atau takhir Zohor dengan ’Asar.?
a. Sembahyang Zohor dan Asar itu hendaklah dilakukan dalam
waktu Zohor. Kalau Jamak Takhir hendaklag dilakukan dalam waktu ’Asar.
b. Brdiri lurus menghadap kiblat.
c. Berniat hendak mengerjakan sembahyang Zohor secara qasar
dan jamak takdim. Kalau jamak takhir sembahyang qasar serta jamak takhir.
d. Setelah itu kerjakan sembahyang Zohor dua rakaat sehingga
selesai memberi salam.
e. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan sembahyang yang
kedua iaitu ’Asar.
f. Berniat untuk mengerjakan sembahyang ’Asar secara jamak
takakhir.
g. Kerjakanlah sembahyanhg ’Asar sebanyak dua rakaat
sehingga selesai member salam.
Kalkau qasar jamak
takdim atau takhir antara sembahyang Maghrib dan Isya’, maka hendaklah niatkan sembahyang
Maghrib secara jamak takdim (3 rakaat) atau jamak takhir sahaja.-----oooooo-----
No comments:
Post a Comment