Pos 102 (571) –Sentiasa bersembahyang seorang diri
Bagaimanakah hukumnhya seseorang itu sentiasa
bersembahyang seorang diri di rumahnhya sahaja, tidak ke masid walaupun masjid
hampir rumahnya?
Jawapan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
pernah mengesan beberapa orang yang tidak ikut serta dalam sembahyang
berjemaah, lalu bahginda berkata: “Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang
lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya akan pergi
mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkanya (berjemaah), lalu saya akan
membakar rumah-rumah mereka.”
Ketahuilah bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
صَلَاةُ الـْجَمَعِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الـْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْريْنَ
دَرَجَةٍ.
(حديث رواه أبو هريرة)
Ertinya: Sembahyang
berjemaah itu melebihi sembahyang bersendirian dengan 27 darjat. (HR. Abu
Hurairah).
Firman allah s.w.t.:
إ ِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مِنْ آمَنَ بِـاللهِ وَالـْيَوْمِ
الْآخِرِ.
(التوبة: اية 18)
Ertinya: Hasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. (Al-Taubat ayat 18)
(Rjujukan: Kitab Bimbingan Mukminin Jil.1 ms 54)
---------------------------oooo----------------------
No comments:
Post a Comment