Tuesday, 2 October 2012

Pos 91 (560) – Perasaan masih ada air kencing lagi.









Pos 91 (560) – Perasaan masih ada air kencing lagi.


.Kita hendak mengambil air sembahyang kebiasaannya kita buang air kecil dahulu, dengan keyakinan kita sudah bersih, lantas mengambil air sembahyang, terus solat, tetapi kadang-kadang di waktu sujud ada seolah-olah air sedikit, ada rasa terkeluar ,ini mendatangkan karagu-raguan, apakah itu terbatalnya wuduk kita?
 

Jawapan


Masalah membersihkan diri dari bekas-bekas kencing amat penting, kerana jika kurang bersih akibatnya dapat merusakkan wuduk dan membatalkan sembaynag pula. Terdapat petua dalam Kitab Bidayatul Hidayah yang bermaksaud:

 

”Setengah daripada adab beristinja’ bahawa engkau lakukan istibro’ dari kencing, dengan berdehem-dehem, dan menarik zakar perlahan-lahan tiga kali, dan dengan melakukan dengan tangan kiri dari bawah”

 

Sekarang andaikata kita sudah bersih sesudah istinja’ dan istibro’, kemudian kita yakin menitisnya kembali air kencing dari zakar, maka dengan sendirinya batal sembahyang, kerana batal wuduknya dan ternajis pakaian dalamnya. Akan tetapi apabila kita syak ragu-ragu seperti seolah-olah menitis sedikit air kencing, tetapi tidak yakin akan hal tersebut, tidaklah sembahyang itu menjadi batal demikian pula wuduknya. Oleh sebab pada asalnya kita yakin suci , sedangkan kita ragu-ragu dalam hal batalnya. Hukum fiqh adalah ”Yakin tidak menghilangkan dengan syak.”

Rujuk kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 96.

 

     --------------------------------ooooo-----------------------

 

 

No comments:

Post a Comment