Thursday, 4 October 2012

Pos 112 (581) - Doa qunut dan fungsinya.




 
 
 
Pos 112 (581) - Doa qunut dan fungsinya.
 
Apakah fungsi Doa Qunut itu?
 
Jawapan.


Keudukan doa Qunut pada rakaat kedua solat subuh dan rakaat  akhir solat nisfu dan rakaat kedua  solat witir selepas malam 16 Ramadzan sunat dilakukan, artinya diberi pahala dilakukan dan tidak berdosa meninggalkannya. Dia tergolong sunnat ab’ad seperti tashdud awal, maka disunatkan bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sujud sahwi. Tetapi doa qunut yang  dibaca selepas rakaat akhir kerana  menghilang bala dan musibah tidak dikenakan sujud sahwi.

Menurut keterangabn Al-Imam Taqiyuddin  Abi Bakar bin Muhammad Al-Husainy, dalam kitab Kifayatul Akhyar juz,1 halaman 70 sebagai berikut:-

“Dan adapun qunut maka  disunatkan pada iktidal rakaat kedua dalam solat Subuh, kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata ia:- “Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya, berkata Ibnusshalah; ”Sesungguhnya telah menghukum dengan sahihnya hadis ini oleh bukan sedikit dari pada Huffaz.

Dan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud; ”Dan apa-apa yang Rasulullah s.a.w. datangkan kepada mu, maka ambillah oleh mu akan dia.” (Masalah 53 (1) ms 122)

 

 

                       --------ooooooo----------






No comments:

Post a Comment