Thursday, 4 October 2012

Pos 111( 580)-.Membaca Surah Al-Fatihah diberhentikan…










Pos 111( 580)-.Membaca Surah Al-Fatihah diberhentikan…

Apakah hukumnya membaca  Fatihah diberhentikan

dalam ayat “An am ta ‘alaihim….”

 

Jawapan.

 

Ketahuilah bahawa hukum waqaf pada “An ‘am ta ‘alai him” adalah khilafatul Aula, artinya menyalahi yang utama.  Jadi sebaliknya jangan waqaf di situ.  Akan tetapi apabila waqaf juga di situ, tidaklah sunnat kembali lagi kepada pernulaan ayat.  Tegasnya kalau sudah terlanjur waqaf pada “An ‘am ta alaihim,” tak usah mengulangi lagi dari awal ayat. Jadi sudah sahaja, lanjutkan lagi: “Ghairil maghdu bi ‘alaihim…..” Keterangan tersebut dalam kitab Fathul Mu’in  pada Hamisy I’anaatutthalibin, Juz 1 halaman 147 sebagaui berikut:-

 

Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada “An ‘am ta ‘alaihim” kerana bahawasanya bukannya itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita.  Maka jika telah waqaf seorang atas ini tidaklah disunatkan kembali dari permulaan ayat

 

 

                                      --------------------------ooooo-----------------------------

 

No comments:

Post a Comment