Saturday, 6 October 2012
















Pos 120 (589) – Tuntutan Mengerjakan Solat   

Mohon beri keterangan ataupun hadis yang menerangkan berkenaan tuntutan mengerjakan solat-saolat sunat ?

Jawapan:
Sesungguhnya setiap ibadat sama ada wajib ataupun sunat perlu ada keterangan dari al-Quran, ataupun contoh daripada Rasulullah s.a.w. ataupun para sahabat.

1.     Firman Allah s.w.t.:

وَمِنَ الـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلـَةً لـَكَ عَسَى أ نْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا.  ( ال اسرق اية 79).
”Dan sebahagian dariada waktu malam, bangunlah bagi bersolat Tahajjud sebagai tambahan untukmu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji (syurga)."

                                                              (Al-Israq ayat  79).

2.    Firman Allah swt lagi:
 وَأ َقـِيْمُوا الصَّلـَوة َ وَءَاتـُوْا الزَّكـَوة َج وَمَا تـُقـَد ِّ مُوْا لِأ َ نـْفـُسِكُمْ مِّنْ خـَيْرٍتـَجِد ُوْه ُ عـِنْدَ اللهِ قلى إِنَّ الله َ بِمـَا تـَعْمـَلـُوْن َ بَصِيـْرٌ.

(البقرة اية  110 )
”Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan setiap pekerjaan baik yang kamu kerjakan untuk diri mu, nescaya akan kamu dapati kembali nanti pada sisi Tuhan, sesungguhnya Tuhan melihat apa yang kamu kerjakan:

                        (Al-Baqarat (2): ayat 110)

3.    Firman Allah SWT lagi

وَأ َقِـمِ ِ الصَّلـَوة َصلى إِنَّ الصَّلـَوة َ تـَنْهىَ عَنِ الـْفَحْشَآءِوَالـْمُنْكَرِ قلى وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ  قلى وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تـَصْنَعُونَ. ( العكبوت اية 45)

Dan dirikaln solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih baik (faedahnya dan kesannya). (Ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.       (Al-Ankabut ayat 45)

4.   Firman Allah swt lagi:

فـَإذَا قـَضـَيـْتـُم ُالصَّلا َة َ فـَاذ ْكـُرُوْا اللهَ قـِيـَامـًا

وَقـُعـُوْد ًا وَعـَلىَ جـُنـُوبـِكـُم ْ : (النساء 103)

 Dan apabila kamu telah selesai menunaikan solat, maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan sedang berbaring


5.     Firman Allah  SWT laghi yang beremaksud:

”Sesungguhnya sembahyang itu merupakan kewajipan yang di tentukan atas kaum mukminin.”

       (An-Nisa’ ayat 103)    49)


6.     Firman Alah s.w.t. lagi :

7.    Dan dirikanlah sembahyang itu kerana  mengingati Aku.

               (Surah Toha ayat 4)
 8. Sabda Rasulullah s.a.w:

فُرِضَ على أمتي ليلة الأسراء خمسين صلاة فلم ازل أرَاجعُهُ وأسْأ َلٌه التَّخْـفـيف حتى جعلها خمسًا فى كل يوم وليلـة. (متفق عليه)

Allah telah memfardukan ke atas umatku malam Isra’ lima puluh solat lalu aku berulang alik kepada Nya dan memohon keringanan sehingga ia dijadikannya lima kali sehari semalam.
                                  
9.     Terdapat beberapa  banyak Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan solat-solat sunat itu diperlukan

a.     Rabiah bin Malik al-Aslami melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya , “Mintalah….”Lalu saya pun berkata “Saya mahu menjadi pengiring ataupun bersama tuan dalam syurga.” Kemudian beliau berkata, “Adakah permintaan lain selain daripada itu.”  Saya menjawab. “ Itu sahaja. ”Kemudian baginda berkata. “ Hendaklah kamu membantu akan daku terhadap dirimu dengan memperbanyak sujud iaitu banyak bersolat sunat.”


b.     Aisyah r.a. berkata, ”Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat empat rakaat sunat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh.”

c.      Aisyah r.a. berkata : ‘Tidak sesuatu dan solat yang Nabi s.a.w. mengambil berat selain dua rakaat solat fajar.”

d.     Aisyah r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersolat dhuha sebanyak empat rakaat dan menabahkan apa yang diizinkan oleh Allah.”

e.     Rasulullah s.a.w. bersabda. “Sebaik-baik solat selepas solat-solat fardhu adalah solat-solat sunat pada waktu malam.”

f.       Rasulullah s.a.w. bersabda.”Berwitirlah kamu, wahai ahli Quran, sesunggunya Allah itu ganjil, dan mengasihi yang ganjil.”

g.     Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat wititr itu adalah kewajipanm setiap individu Muslim; sesiapa yang suka berwitir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berweitir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah, dan sesiapa yang suka berwitir dengan satu rakaat, maka lakukanlah.

Terdapat banyak lagi dalil-dalil dan memadai setakat ini sebagai panduan anda sekalian.


Wassala mualaikum.....

 

                              ------ooooo-------

[

 

 

No comments:

Post a Comment