Pos 629 -Bagaimana hendak mengerjakan
sembahyang qasar serta jamak takdim atau takhir Zohor dengan ’Asar.?
a. Sembahyang Zohor dan Asar itu hendaklah dilakukan dalam
waktu Zohor. Kalau Jamak Takhir hendaklah dilakukan dalam waktu ’Asar.
b. Berdiri lurus menghadap kiblat.
c. Berniat hendak mengerjakan sembahyang Zohor secara qasar
dan jamak takdim. Kalau jamak takhir sembahyang qasar serta jamak takhir.
d. Setelah itu kerjakan sembahyang Zohor dua rakaat sehingga
selesai memberi salam.
e. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan sembahyang yang
kedua iaitu ’Asar.
f. Berniat untuk mengerjakan sembahyang ’Asar secara jamak
takakhir.
g. Kerjakanlah sembahyanhg ’Asar sebanyak dua rakaat
sehingga selesai member salam.
h. Kalkau qasar jamak takdim atau takhir antara sembahyang
Maghrib dan Isya’, maka hendaklah
niatkan sembahyang Maghrib secara jamak takdim (3 rakaat) atau jamak takhir
sahaja tanpa menyebut qasarnya.
--------------------------------ooooo-----------------------
No comments:
Post a Comment