1.
Pos 645 - Tauhid kepada Allah SWT
(i)
Tauhid Rububiyyah
(Zat yang mencipta…..)
Tauhid Rububiyyah ialah pengakuan, bahawa seluruh alam ini, baik alam nyata
(alam benda) atau alam ghaib (alam roh), dicipta oleh satu Tuhan. Tuhan yang
satu itulah yang mencipta bumi, langit, bulan, matahari dan bintang. Tuhan yang
satu itu jugalah yang mencipta jin, malaikat dan iblis. Tuhan yang satu itu
jugalah yang menghidupkan segala yang hidup. Tuhan yang satu itu jugalah yang
menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman. Tuhan yang satu itu
jugalah yang mencipta mata kita semua. Tuhan yang satu itu jugalah yang
mencipta tanah air kita yang indah ini. Tuhan yang satu itulah yang mencipta
kuman dan nyamuk yang halus, dan Tuhan yang satu itu jugalah yang mencipta
gajah, gunung dan planet-planet.
(ii)
Tauhid Uluhiyyah
ialah, hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta
pertolongan, beribadat, berzikir. Hanya Tuhan yang satu itulah yang kita
sanjung, kita puji, dan hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita minta
perlindungan dari segala bahaya, kita meminta kebahagian hidup di dunia dan di
akhirat. Jadi kita tidak boleh memohon, meminta daripada kubur, daripada
Nabi, daripada Malaikat, daripada Wali atau Ulama yang masih hidup mahupun yang
sudah meninggal. Tidak juga daripada keris pusaka atau
lain-lain benda.
Tauhid Rububiyyah
dimiliki oleh semua manusia, yang mukmin atau yang kafir, bahkan dimiliki oleh
binatang-binatang yang tidak berakal dan alam benda atau batu-batu dan
gunung-gunung.
Sedangkan Tauhid
Uluhiyyah hanya dimiliki oleh beberapa orang manusia yang mengaku adanya Tuhan
yang mencipta segala yang ada serta menundukkan kepala menyembah kepada Allah,
beribadat menyembah Allah, berzikir membesarkan Allah, memuji Allah, dan mensucikan
Allah, dan menjalankan segala perintah Allah dengan perantaraan
Nabi-nabi dan Kitab-kitab Suci Nya, dengan perantaraan agama Nya iaitu agama
Islam.
Tauhid Rububiyyah tidak
bernilai apa-apa kalau tidak disertai dengan tauhid Uluhiyyah. Pengakuan bahawa alam ini dicipta seluruhnya
oleh satu Tuhan, tidak mempunyai nilai apa-apa apabila tidak diiringi dengan
ibadat serta ketaatan kepada Tuhan Yang Esa (Satu) itu.
(iii)
Tauhid Asma, Sifat & Zat (Akidah Ahli Sunah
(m.s.211)
Adalah wajib beriman kepada asma (nama-nama) dan sifat-sifat Allah. Iaitu
dengan menetapkan asma dan sifat-sifat tersebut sebagaimana yang telah
ditetapkan Allah untuk zat Nya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah
yang layak baginya.
Firman Allah:
وَالِلهِ
الْأسْمـَآءُ الْحُسْنَى فَادْعُوْهُ بِهَا صلى
وَذَروُا الـَّذِيْنَ يُلـْحِدُونَ فِى
أَسْمَـءِـهِ
ج سَيِجْزَوْنَ مَا كَانُوءا يَعْمضلـُونَ.
(الأعراف: 180)
“Allah
mempunyai asma’ul-husna (nama-nama yang
baik bagi mulla), maka bermohonlah kepada Nya dengan menyebut nama-nama
itu dan tinggalkanlah orang yang menyimpang daripada kebenaran ketika
menggunakan nama-nama Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap
apa yang mereka telah kerjakan. (Al-A’raf ayat 180)
Maksud
tauhid al-asma’ (nama-Nama san
sifat-sifat) ialah beriman dengan keimanan dan pengakuan yang tegas, sempurna
dan teguh kepada semua nama-nama Allah dan sifat-sifat Nya yang terdapat di
dalam al- Kitab dan as-Sunnah. Seseorang itu sama sekali tidak boleh manamakan
Tuhan kita (Allah) kecuali dengan nama-nama yang Dia sendiri telah menamakan
atau yang telah dinamakan oleh Rasul Nya s.a.aw. Tauhid as-sifat (sifat-sifat) ialah tidak
mensifatkan Allah kecuali dengan sifat yang telah disifatkan Nya sendiri atau
telah disifatkan oleh Rasul Nya s.a.w.
2.
Pengertian Keimanan Atau Akidah.
Yakni tersusun dari enam perkara iaitu:
(Buku Akidah Islam ms 16
i)
Ma’rifat kepada Allah- ma’rifat dengan
nama-nama Nya yang mulia dan sifat-sifat Nya yang tinggi. Juga ma’rifat dengan bukti-bukti wujud atau ada Nya serta kenyataan sifat
keagungan Nya dalam alam semesta atau dunia ini.
ii)
Ma’rifat dengan
alam yang ada di balik alam semesta ini. Yakni alam yang tidak dapat dilihat.
Demikian pula kekuatan-kekuatan kebaikan yang terkandung di dalamnya yakni yang
berbentuk malaikat, juga kekuatan-kekuatan
jahat yang berbentuk iblis dan sekalian tenteranya dari golongan syaitan.
Selain itu juga ma’rifat dengan apa yang ada di dalam alam yang lain lagi seperti
jin dan roh.
iii)
Ma’rifat dengan kitab-kitab Allah Taala – yang
diturunkan oleh Nya kepada Rasul. Kepentingannya ialah dijadikan sebagai batas
untuk mengetahui antara yang hak dengan yang batil, yang baik dan yang buruk,
yang halal dan yang haram, juga antara yang bagus dan yang buruk.
iv)
Ma’rifat dengan
Nabi-nabi serta Rasul-rasul Allah Taala – yang dipilih oleh Nya untuk menjadi
pembimbing ke arah petunjuk serta pemimpin seluruh makhluk guna menuju kepada
yang hak.
v)
Ma’rifat dengan
hari akhir dan peristiwa-peristiwa yang terjadi di saat itu seperti kebangkitan
dari kubur (hidup lagi sesudah mati), memperoleh balasan, pahala atau seksa,
syurga atau neraka.
vi)
Ma’rifat kepada
takdir (qada’ dan qadar) yang di atas landasannya itulah berjalan peraturan segala yang ada di alam semesta
ini, baik dalam penciptaan atau cara mengaturnya.
3.
Akidah Islam
(ms 61)
i)
Sifat-sifat
Allah Taala –Allah SWT sebagai Maha Pencipta alam semesta ini, selain memiliki
Asmaa-ul Husna (nama-nama yang baik)
sebagaimana diuraikan di muka, juga memiliki sifat-sifat yang luhur yang
merupakan penetapan dari kesempurnaan Nya serta keagungan Illhi Nya.
Sifat-sifat ini hanyalah dimiliki oleh Maha Pencipta itu sendiri dan oleh sebab
itu tidak sesuatu pun menyengutui Nya
atau memiliki sifat-sifat yang sama sebagaimana
yang dipunyai Nya oleh Allah SWT itu. Sebabnya
demikian ini ialah kerana Allah SWT itu
adalah Maha Esa. Dia sebagai Tuhan
dan pujaan yang satu-satunya, tiada
Tuhan selain daripada Nya, tiada pujaan yang boleh disembah melainkan Allah.
Sifat-sifat yang menjadi milik Allah
SWT itu, di antaranya ada yang disebut sifat-sifat salbiah dan di antaranya
lagi ada yang disebut sifat-sifat tsubutiah.
1)
Allah SWT itu bersifat Awal dan Akhir
2) Permulaan kejadian menurut pendapat para alim ulama
3) Permulaan kejadian menurut pendapat sarjana-sarjana ilmu
falak dan susunan bumi
4) Allah SWT tidak serupa dengan sesuatu
5)
Allah SWT adalah Maha Esa
6)
Tritunggal adalah akidah keberhalaan (73)
7)
Mengetahui ilmu
(83)
8) Mendengar (Sama’) dan Melihat (Bashar) 87
9) Sifat-sifat Dzat Dan Sifat-sifat Af’al -88
10)
Sifat-sifat
Allah sebagai Tiang Penunjuk Jalan – 90
ii). Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan
mengenai diri-Nya
Jawab: Surah
al-Baqarah ayat 186.
وَإِذَا
سَأَلـَكَ عِبَادِىْ عَنِّي فَإِنـِّىْ قَرِيْبٌ صلى
أُـُ جِيْبُ
دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَادَعَانِ صلى
فـَلـْيَسْتـَجِيْبُوْا
لِىْ وَلـْيـُؤْ مِنُوْابِىْ لـَعَـلـَّهُمْ يَرْشُـدُوْنَ (186)
“Apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka
(beritahu kepada
mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka), Aku
memperkenankan permohonan orang yang berdoa
kepada Ku. Maka
hendaklah mereka menyahut seruan Ku (dengan mematuhi
perintah Ku) dan hendaklah
mereka beriman kepada Ku supaya mereka
sentiasa berada dalam
kebenaran.” (186)
Sekian dahulu, akan muncul semula….
-----------------oooooooooooooo------------------------
No comments:
Post a Comment