Saturday, 20 October 2012

Pos 644 - Ilmu itu Lebih mulia dari permata














Pos 644 - Ilmu itu Lebih mulia dari permata



عقبة الاولى وهى عقبة العلم.  Pertama.

 Ilmu itu seperti  paku kutub yakni di atasnya tempat edaran. Ilmu dan ibadat itu wujud  kerana keduanya barang yang di lihat dan dengar daripada karangan orang yang mengarang dan keduanya diturunkan kitab dan di suruh segala pesuruh bahawa Allah SWT yang menjadikan langit dan bumi amat berkuasa dan telah meliputi segala ilmu Nya, Istimewa pula  ilmu tauhid untuk mengetahui menyembah Allah.

Ketahuilah ilmu itu lebih mulia dari permata kerana sabda Rasulullah saw bahawa kelebihan orang yang berilmu itu lebih dari orang yang abid. Sabda Baginda SAW lagi bahawa Allah SWT lebih kasih orang yang berilmu seperti lebih setahun puasa dan sembahyangnya dan orang yang tidak berilmu seperti debu yang bertaburan di tiup angin.

Ilmu itu seperti pohon kayu dan ibadat itu seperti buahnya, dan tuntut ilmu itu yang tiada beri mudarat pada ibadat. Bahawa ilmu itu lazimnya diikuti dengan ibadat supaya berhasil ibadat itu.

Supaya hasil bagi mu ibadat maka wajib engkau ketahui ilmu bagaimana Tuhan yang di sembah  nama Nya, sifat dan zat Nya dan barang yang wajib bagi Nya dan barang yang mustahil pada hak Nya. Ada kalanya engkau beriktikad pada sifatnya sesuatu yang tidak patut bagi zat Nya, maka jadilah ibadatnya kamu seperti debu yang bertaburan.

Kemudian wajib bagi mu belajar ilmu yang wajib atas mu mengerjakan ibadat dari segala  wajib hukum syariah supaya engkau mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang di ditegah. Seperti bersuci, sembahyang, puasa dan yang lain-lain dan engkau belajar dengan  hukumnya dan syarat-syaratnya. Jika tidak berilmu engkau kerjakan dengan  apa yang tidak ketahui apa dia, atau engkau menjauhi maksiat yang engkau tidak ketahui maksiat itu. Terkadang engkau bertemu dengan suatu yang kesamaran dan tiada dapat hendak bertanya kerana tiada belajar ilmu itu.

Kemudian belajar pula ibadat yang batin iaitu tempat perjalanan  hati dengan tekun dan sabar dan ikhlas, dan segala yang nahi yakni yang ditegah, seperti riak dan takbur supaya jauhkan dia, kemudian pula beberapa yang fardu yang telah di nas Allah SWT dalam Kitab suci al-Quran, melalui Nabi Muhammad SAW. Kamu tuntut ilmu dengan sabar seperti firman Allah SWT “Allah berserta orang-orang yang sabar”

Jika engkau tiada berilmu engkau tinggalkan fardu yang di suruh seperti sembahyang dan puasa, engkau berusaha yang haram,  mengekalkan maksiat yang wajib untuk api neraka, kamu pula bersifat marah dan riak. Maka inilah bala bagi orang yang membuat amal dengan tidak ilmu.

                     --------oooooo-------






No comments:

Post a Comment