Monday, 8 October 2012

Pos 143 (612)-Lafaz Soreh dan lafaz Kinayah







Pos 143 (612) –Jelaskan pengertian lafaz Soreh dan lafaz Kinayah yang menyebabkan jatuh talak ke atas seorang isteri?

Jawapan.

a.      Lafaz Soreh ialah lafaz secara terang-terang yang menunjukkan makna bercerai atau talak, furuq atau sareh seperti kata suami kepada isterinya:”Aku talak akan di kau atau aku ceraikan engkau,” Maka jatuh talak walau pun tanpa niat kerana lafaz soreh yang  jelas maknanya seperti itu tiada disyaratkan padanya niat lagi.

b.     Lafaz Kinayah ialah lafaz kiasan yang memberi makna disebaliknya dengan tujuan yang tertentu seperti kata suami kepada isterinya:”Aku lepaskan akan dikau atau Aku tinggalkan engkau atau Aku bebaskan engkau. Lafaz kinayah seperti ini berkehendakkan kepada niat, disyaratkan niat bercerai barulah jatuh talak, sekiranya tidak berniat sedemikian maka tidak jatuh talak.

Soalan 6.b. Apakah syarat-syarat sah seorang wali.

           Jawapan.

(1) Beragama Islam

(2) Lelaki

(3) Baigh lagi berakal

(4) Waras

(5) Adl dan tidak fasiq ketika aqad

(6) Tidak dalam ihram

(7) Bukan serorang safih atau orang yang dacabut wilayahnya ke atas hartanya sebab mubazzir dan boros

(8) Merdeka.

                          ------ooooooo------ 

 

No comments:

Post a Comment