Pos 109 (578)- Solat
sunat sebelum Maghrib
Pernahkah
Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib.
Jawapan.
Menurut hadis yang
diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang
sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang ditriwayatkan dari Annas r.a.
yang ertinya:-
“Demi
sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah
s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk
bersembahyang dua rakaat.” (H.R. Al-Bukhari)
Ada juga Hadis
yang diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang
bermaksud:-
“Adalah kami
bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari,
sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s,a,w, menyembahyanghkannya? Jawabnya” Adalah beliau melihat kami
melakujkannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kam. (H.R.uslim)
(Maslaah 65 (4) ms. 151)
--------oooooooo---------
No comments:
Post a Comment