Pos 614 - Betulkah solat yang tinggal dahuluj tak wajib qada?
Betulkah sembahyang fardhu yang telah ditinggalkan itu tidak wajib diqdhakan, walaupun ditinggalkan sebulan atau satu tahun lamanya, hanya dengan bertaubat sahaja?
Jawapan.
Makna Qadha adalah sama dengan makna Ada’an yaitu: menunaikan dan membayar. Adapun pengertian Ada’an menurut istilah adalah menunaikan ibadah pada waktunya yang di tentukan, walaupaun sekadar satu rakaat sembahyang.
Sedang pengertian Qadha menurut istilah ialah menunaikan ibadah di luar waktunya samasekali, atau masih di dalam waktunya tetapi kurang dari kadar satu rakaat sembahyang. Untuk jelasnya sebagai contoh umpamanya seorang sembahyang Dzuhur di akhir waktu sekali. Belum dapat satu rakaat sembahyangnya , seperti baru dilakukan sujud sekali, sudah masuk waktu Asar, maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Qadha.
Akan tetapi bila telah dilakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dania telahmasuk melakukan rakaat yang kedua,masuklah waktu Asar,maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Ada’an kerana dapat di;alilam satu rakaat penuh dakam waktu yang ditentukan untuk sembahyang tersebut.
Orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja, atau mengeluarkan dari waktunya dari yang telah ditentukan dengan sengaja, adala berdosa besar, kerana tidak boleh sekali-kali, dan tidak patut seorang Muslim meninggalkan sembahyang fardhu tanpa sesuatu uzur.
Uzur yang dibenarkan syara’ adalah kerana tertidur dan terlupa. Lain-lain perkara bagi orang lelaki bukanlah uzur untuk meninggalkan sembahyang fardhu dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja wajib dia bertaubat kepada Asllah s.w.t. dengan segala syarat-syaratnya dan menyesal tidak akan berbuat demikian lagi. Dia juga hendaklah mengqadhakan dengan segera sembahyang yang ditinggalkannya itu. Bersabda Rasulullah s.a.w.:-
إِذَارَقَدَ
أَحَدُكُمْ مِنَ الصَّلَاةِ أَوْغَفَلَ عَنْهَا فـَلْيُصَلـِّهَا ءِ ذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللهَ
عَزَوَجَلَّ يَقُوْلُ: اَقِمِ الصَّلَوة َلِذِكْرِىْ.
Apabila ketiduran salah seorang kamu
عَزَوَجَلَّ يَقُوْلُ: اَقِمِ الصَّلَوة َلِذِكْرِىْ.
Apabila ketiduran salah seorang kamu
sehingga meninggalkan sembahyang atau terlupa dari
padanya, maka hendaklah dilakukannya sembahyangnya itu apabila diingatnya,
kerana sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman : “Dirikanlah oleh mu Sembahyang
untuk mengingat Ku.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim). Rujukan Kitab Masalah Agama
Jil.1 ms 88.
-----oooo----
“
No comments:
Post a Comment