Wednesday 3 October 2012

Pos 93 (562)- Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat.











Pos 93 (562)- Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat.


Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat.

Jawapan.

Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a.     Pertama -Sunat  Aba’d  iaitu:

       (1). Membaca tahyiat awal.

        (2). Selawat keatas Nabi  Muhammad dalam tahyiat awal.

       (3).  Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat
               akhir.

       (4).  Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat.

       (5).  Membaca  do’a qunut dalam solat subuh.

       (6).  Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa
              qunut.

       (7).  Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya.


b.     Kedua -Sunat  Hai’at  iaitu:

 

            (1). Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras

                    dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum ruku’, iktidal

                    dan bangun daripada tahiyat awal.

            (2).  Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan

                    diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat.


            (3).  Mengucap takbir (Allahu Akbar) semasa hendak ruku’, sujud,

                   bangun daripada sujud,  semasa bangun daripada rakaat pertama,

                   kedua ketiga dan keempat.

            (4).  Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum

                   membaca surah al-Fatihah.

  (5).  Membaca ’Au-Zubillah’ secara perlahan sebelum membaca

         surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.

  (6).  Membaca tasbih dalam ruku’ dan sujud serta berdoa semasa

        duduk antara  dua sujud.

             (7).   Membaca surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah pada rakaat

                 pertama dan kedua.

           ( 8).  Membaca’ Amin” sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah

                   atau Fatihah Imam yang membacanya.


           (9).  Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaana al-Fatihah

                  dan selepas bacaan surah sebelum ruku’.

          (10). Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca

                  tahiyat dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir.

          (11).Membaca doa ringkas selepas selawat tahiyat akhir dan sebelum

                 Memberi salam.

 

         (12).  Memberi salam menoleh ke kanan dan  ke kiri semasa memberi

                 salam.


                          --------------------ooooooooooo---------------------

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment