Pos 122 (591)- Tidak tahu
mana kiblat.
Semasa saya bertugas di dalam hutan
tebal yang cuacanya gelap tidak nampak kelihatan awan di langit akibat akan
turun hujan, maka masuklah waktu Zuhur, saya tidak tahu dimana barat dan di
mana timur atau di mana qiblat untuk bersembahyang. Adakah sah
saya berijtihad menentukan arah qiblat sembahyang itu ?.
Jawapan.
Menghadap qiblat adalah salah satu daripada syarat sah
sembahyang. Wajib mengadap qiblat dengan
yakin dari dekat mahupun dari jauh. Wajiblah ia mengetahui di mana arah qiblat
itu. Syarat bagi penentuan arah qiblat adalah:
a. Mengetahui sendiri.
b. Pengkhabaran dari
orang berkepercayaan.
c. Ijtihad.
d. Taqlid kepada orang yang berijtihad.
Dalam hal di atas wajib ia mengetahui sendiri di mana
qiblatnya. Tetapi kalau ia tidak berupaya wajib ia mencari tahu dari
orang-orang yang menegathuinya. Tetapi kalau tidak ada orang tahu, wajib ia
menyemak dengan pengalamannya yang lalu.
Tetapi ini juga tidak diperolehi, wajib
ia berdaya upaya mencari tanda-tanda yang lebih meyakinkan dirinya itu adalah arah qiblat.
Jika keseluruhannya itu tidak berdaya maka wajiablah ia berijtihad iaitu
membuat kepercayaan dengan cekal hatinya bahawa itulah arah qiblat yang ia
tidak menaruh syak wasangka sedikitpun. Sembahyanglah ia dengan khusyuk sperti
biasa kerana Allah akan menerima amalan sembahyangnya itu. Firman Allah s.w.t.:
وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ
مـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)
Allah
tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78) .
Tetapi ternyata selepas itu dia mendapati
Ijtihadnya itu tidak tepat iaitu tersalah mengadap qiblat, maka wajiblah ia qadha sembahyangnya itu selepas yang ia ketahui sahnya kesalahannya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.
3. m.s 156)
No comments:
Post a Comment