Pos 84 (553) - Solat Maghrib dua kali
Saya telah sembahyang Maghrib berjemaah
di rumah dan apabila saya pergi ke masjid orang masih lagi bersembahyang
Maghrib di situ, dan merasa malu pula kalau tidak ikut sama, wajibkah saya
sembahyang bersama.?
Jawapan.
Sembahyang untuk kali keduanya itu dengan
berjemaah disebut sembahyang ”Mu’adah”. Hukumnya adalah sunat di lakukan.
Terdapat hadis Rasulullah yang
diriwayatkan dari Yazid ibn Aswad Bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:-
اِذَا صَلـَّيْتُمَا فِى رِحَالـِكُمَا ثـُمَّ اَتَيْتـُمَا
مَسْجِدَ جَمَاعَةٍ فَصَلـِّيَا
مَعهُمْ فَـاِنَّهَا لـَكُمَا نـَافـِلـَةٌ.
(رواه احمد,ابو داود, الترمزي وانساعي)
Apabila kamu berdua telah bersembahyang di rumah kamu,
kemudian kamu datangi suatu masjid jamaah, maka bersembahyanglah kamu bersama
mereka, kerana sesungguhnya ia itu sunat untuk kamu”.
(H.R Ahmad, Abu Daud,Attitmidzi
dan Annasa’ ) (Kitab MasalahAgama Jilid 2,para 160 ms
148)
No comments:
Post a Comment