Friday, 26 October 2012
Pos 646 - Syiah Yang Sesat dan Menyesatkan
Gambar ini adalah bagai hiasan ahaja .....
SYIAH YANG SESAT DAN
MENYESATKAN
Hari ini Syiah menguasai Iran, Iraq, Syria dan bertapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Lebanon. Kehadiran mereka dirasai di India,Pakistan dan negara-negara Arab.
Mereka mula bertapak dan mengembangkan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, kumpulan Syiah secara terang-terangan menubuhkan pusat-pusat aktiviti dan pengajian (yang dikenali sebagai
dan Husein r.a. malah Fatimah r.a sebagai tuhan, bertawaf di
Kaabah yang dibina di Karbala, menambahkan syahadat dalam
azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah
(berpura-pura dan menipu) dan seribu satu kesesatan dan
perkara-perkara baru dalam Islam.
RISALAH PEMURNIAN AQIDAH
INTRO
"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala
ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangk
at Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."
*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya
menganut fahaman Syi`ah. Presiden Syria Basyar al-Assad yang sedang menyembelih umat Islam di sana juga merupakan penganut Syiah.
SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yangmendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Mereka juga mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang. Inilah perkara
pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain.
Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep mengkafirkan sahabat.
Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah
Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah.
Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik
oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)
Lakaran Imam 12 Syi`ah
Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam:
Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran.
Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan di diskriminasi.
Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah seperti yang berlaku di Syria.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.
'hauzah') di Gombak, Selangor, Perak, Kedah dan di Johor.
Kehadiran mereka amat dirasai bila tibanya 10 Muhamaram setiap tahun di mana mereka akan
menyiarkan rencana berkenaan Karbala dan mengadakan sambutan di hauzah-hauzah mereka.
Mereka aktif berdebat di internet dan menyebarkan bukubuku
propoganda dengan meletakkannya di masjid-masjid atau tempat-tempat tumpuan awam. Ramai umat Islam telah terjebak dengan kumpulan ini melalui perkahwinan dan pendidikan.
Mereka juga bergiat cergas di pusat-pusat pengajian tinggi dan ada di antara mereka yang menyebarkan doktrin ini melalui
karya sastera dan bergiat cergas dalam politik kepartian.
Apakah Syiah ini? Syiah (terutamanya, Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyah atau Jaafariyah yang diamalkan di Iran dan Iraq) ialah sebuah ajaran yang
memaki dan mengkafirkan sebahagian besar sahabat nabi s.a.w. seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah r.a.
Ajaran ini juga mengatakan al-Quran yang ada
sekarang ini telah diselewengkan, juga mengatakan Allah jahil, Imam-imam mereka adalah maksum malah lebih dari nabi dan malaikat, menganggap Ali dan...
Risalah ini cuba untuk memberi gambaran sepintas lalu, tetapi memadai untuk mendedahkan siapa
sebenarnya golongan Syiah ini dan untuk membantah mereka yang berpendapat ianya adalah
mazhab kelima dalam Islam.
Golongan Syiah mendakwa ajaran mereka kononnya datang dari
anak cucu nabi s.a.w. (ahlul bait) dan kononnya mereka sahaja yang mencintai ahlul bait.
Risalah ini akan mendedahkan bahawa Syiah ialah bukan sebahagian dari Islam malah sebuah agama lain
dan kita, ahli sunnah, yang lebih menyayangi ahlu-bait berbanding golongan Syiah. (bersambung)
-----------------------------oooooooooooooo-----------------------
Dipetik dari: www.islam.gov.my/e rujukan/syiah/html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment