Pos 641 Selawat Keatas Nabi s.a.w.
Dan
ketahui oleh mu bahawasanya makna selawat
pada loghat itu do’a dan kata setengah ulama’ maknanya dengan nisbah bagi الله rahmat ertinya
selawat itu jika datang daripada الله
dinamakan rahmat ertinya telah menurun oleh الله akan kebajikan atas Rasul Nya dan
jikalau datang daripada malaikat dinamakan istighfar, dan jikalau datang
daripada manusia dan jin dan lainnya daripada kayu dan batu dinamakan do’a, ertinya memohon oleh
mereka itu akan الله
menambahkan rahmat atas rasul.
Bermula qaul
yang sahih bahawasanya Nabi s.a.w. beroleh manfaat ia dengan selawat atasnya seperti ambiya’ yang lain jua dan kata qil bermula
manfaat ayat kembali atas orang yang menselawat jua tiada atas Nabi s.a.w. kerana Nabi itu telah sempurna atasnya kamali dan ditolak
akan kata qil ini dengan bahawasanya Nabi s.a.w. sentiasa ternaik ia pada
kamalat selama-lama kerana tiada
daripada kamali melainkan di sisi اللهterlebih akmal daripadanya seperti
barang yang di isytiharkan bagi demikian itu dengan firman الله تعالى:
(واللا~خرة خير من
الاولى) - Ertinya dan hari yang kemudian itu terlebih baik
bagi engkau ya Muhammad daripada hari yang dahulu, yakni zaman yang kemudian
itu terlebih baik bagi Nabi daripada zaman yang dahulu.
Tetapi – sungguhpun memberi manfaat
selawat itu akan Nabi tiada sayugianya kita sorehkan dengan demikian itu
melainkan pada tempat belajar dan mengajar (dan adapun) salam itu maka maknanya
aman, bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w. daripada barang yang ketakutan ia
atas umatnya kerana bahawasanya Nabi s.a.w. itu maksum maka betapa takut ia
atas dirinya bahkan takut ia atasnya kerana hebat dan kerana membesarkan الله kerana seorang itu tiap-tiap bersangatan datangnya
daripada الله
nescaya bersangatan takutnya kepada الله dari kerana inilah bersabda Nabi s.a.w.
“Bahawasanya aku terlebih takut daripada
sekalian kamu daripada الله
dan kata qil bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w. daripada barang yang takut
ia atas dirinya pada ketika bersangatan kepecikan padang mahsyar kerana
bahawasanya lupa ia akan ‘asumnya seperti sekalian Ambiya’ عليهم الصلاة السلام dan telah mentafsir oleh setengah
ulama’ akan salam itu dengan tahiyat dan bermula murad dengan tahiyat pada hak الله تعالى serta Rasul Nya itu bahawa mukhlib ia
akan dia dengan qalamnya yang qadim yang menunjukkan atas terangkat maqamnya yang amat besar.
Dan ketahui oleh mu bahawasa Rasul
itu maknanya pada loghat yang dibangkitkan daripada satu tempat kepada satu tempat
yang lain dan pada istilah manusia yang diwajibkan kepadanya dengan syarak yang
beramal ia dengan dia dengan menyampaikan dia dan adapun Nabi itu maknanya pada
loghat yang mengkhabarkan atau yang
dikhabarkan dia dan maknanya pada istilah manusia yang diwajibkan kepadanya
dengan syarak yang beramal ia dengan Dia dan jikalau tiada di suruh akan dia
dengan menyampaikan sekalipun, maka tiap-tiap Rasul itu Nabi dan tiada
tiap-tiap Nabi itu Rasul, maka antara keduanya itu umum dan khusus mutlaq. Bermula
murad dengan Rasul pada kalam masnaf itu kita Muhammad s.a.w.
------------ooooooooo-------
No comments:
Post a Comment