Pos 82 (551) - Saya telah tertinggal sembahyang Isya’
Saya telah tertinggal sembahyang Isya’
kerana terlalu letih dan tertidur hingga selepas waktu Subuh. Apakah saya harus
mengqadhanya?.
Jawapan.
Adapun wanita atau lelaki yang meninggalkan sembahyang
kerana tertidur atau terlupa, tidaklah disiksa kerana meninggalkan sembahyang
itu. Hanya diwajibkan kepada mereka
itu melakukan sembahyang setelah bangun
dari tidurnya atau sesudah sedar atau ingat dari lupanya. Jika sembahyang itu
dilakukanya masih di dalam waktu, walaupun kadar satu rakaat yang sempurna,
sedang rakaat-rakaat selebihnya diluar waktu maka menurut istilah fiqh sembahyang
itu di namakan ”Ada’an” Dan jika seluruh
sembahyang itu diluar waktunya, atau kurang dari satu rakaat di dalam waktunya,
maka menurut istilah fiqh sembahyang itu dinamakan ”Qadha”.
-------------------------ooooooooooooooooooo------------------------
No comments:
Post a Comment