Pos 89 (558) – Apakah
Rukun Khutbah Jumaat itu
Saya ingin tahu berapakah rukun Khtbah Jumaat?
Jawapan.
Rukun Khutbah itu ada lima
iaitu:-
a. Memuji Allah s.w.t.
b. Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
c. Berwassiat dengan Taqwallah
d. Membaca ayat al-Quran pada salah satu dari dua Khutabah.
e. Berdoa untuk orang-orang mukmin dan pemerimtah pada
khutbah yang akhir.
Meninggalkan salah satu rukun khutbahnya seperti
meninggalkan atau dibaca ”Hamdulillah” atau seperti diucapkannya
”Hamlaaah” Ini sama dengan tidak membaca
”Alhamdulillah” Atau meninggalkan wasiat ”Bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat
ke atas Nabi s.s.w., atau meninggalkan membaca ayat al-Quran pada salah satu
dua khutbah, atau meninggalkan doa kepada mukmin pada khutbah kedua maka tidak
sah khutabhnya itu.
Maka jika tidak dibacanya rukun-rukun khutbah yang lima
itu, atau salah satu dari padanya, atau dibacanya tdak menurut persyaratnya
yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang membawa
cedera pada sembahyanagnya. Kerana syarat sah sembahyang Jumaat itu adalah
terdahulu dua khutbah dengan segala fardhunya.
Rujukan Masalah Agama Jil.2 para
170, ms 181 dan Jil.4 para 71 ms 166)
---------------------ooooooo--------------------
No comments:
Post a Comment