Pos 97 (566) – Ada orang soolat di Pasar Malam .
Adakah sah atau tidak solat sekiranya dikerjakan di Pasar Malam, semasa orang
sedang berjual-jualan.?
Jawapan.
Pada dasarnya, solat boleh
dikerjakan di mana-mana sahaja, sama ada di darat, di dalam pelayaran di laut,
di udara semasa menaiki kapal terbang, dan tidak dipertikaikan asalkan sempurna
syarat dan rukunnya. Baginda Rasulullah bersabda
yang bermaksud:
”Dan dijadikan untuk kami seluruh
bumi sebagai masjid (tempat bagi bersolat)....dan dijadikan untuk kami seluruh
tanahnya yang suci (bagi bertayammum) apabila kami tidak mempunyai air.”
Kecuali terdapat beberapa tempat
seperti berikut kita dilarang bersolat iaitu:-
a. Tempat pembuangan sampah sarap ataupu najis.
b. Tempat penyembelihan binatang.
c. Tempat mandi ataupun tandas.
d. Tempat tinggal
(kandang) binatang.
e. Di tengah jalan
raya.
f. Di tempat perkuburan.
g. Di atas Kaabah.
--------oooo-----
No comments:
Post a Comment