Pos 107 (576) –Solat
tidak sah ada najis di pakaian
Saya mengambil wuduk tetapi bagaimana saya tidak sedar
najis ada di badan saya, bukan anggoa wuduk. Adakah sah wuduk saya itu.?
Jawapan.
Di antara syarat wuduk ialah tiada benda yang menghalang
air sampai ke anggota wuduk. Benda
yang menghalang itu boleh jadi benda yang berminyak seperti cat, kotoran yang
tebal dan kertas yang melekat. Anggota
wuduk yang dimaksudkan ialah anggota wajib seperti: muka, tangan sampai ke siku, kepala dan
kaki. Anggota-anggota ini jika tidak
sampai air kerana terhalang maka jelaslah wuduk yang diambil itu tidak sah.
Kalau najis di tempat lain dari anggota wuduk, maka wuduk
itu tidak terjejas dan tetap sah. Tetapi kalau kita hendak sembahyang najis itu
hendaklah dibasuh terlebih dahulu.
Seandainya najis itu masih ada maka kita tidak boleh sembahyang dan
kalau sembahyang juga dalam keadaan badan terdapat najis maka sembahyang itu
tidak sah.
Tidak boleh
sembahyang yang dimaksudkan itu
bukan kerana tidak sah wuduk yang
diambil tetapi kerana badan kita bernajis. Kesimpulannya sebelum mengambil
wuduk tentukan bersihkan terlebih dahulu badan kita atau pakaian kita, dari sebarang najis dan kemudian barulah
berwuduk.
-------------------------oooooo----------------------
No comments:
Post a Comment