Tuesday, 2 October 2012

Pos 85 (554) -Saya solat wajib, Bolehkan saya ikut orang solat sunat










Pos 85 (554)    -Saya solat wajib, Bolehkan saya ikut orang solat sunat                     

Saya telah sembahyang wajib (Isyak) sebagai makmum di madrasah dengan tidak sepengetahuan saya, orang yang sedang saya makmumi itu sebenarnya bersembahyang sunat. Bagaimana  hukumnya?

Jawapan.

Orang yang sembahyangh fardhu, mengikuti orang yang sembahyang sunnat yang sama nadzam sembahyangnya baik diketahuinya si yang diikutinya itu sembahyang sunat, ataupun tidak diketahuinya adalah sah sembahyangnya dan sah jamaahnya. Jika diketahui Imam itu tengah sembahyang sunat hanya makruh sahaja. Kemakruhan itu menghilangkan bagi fadilah jamaah yang dua puluh tujuh itu.  Jika ia orang masbuk sah juga sembahyangnya dan Fatihahnya ditanggung oleh Imam itu.

Maksud nadzam ialah berlainan sembahyang dari yang kita hendak sembahyang, seperti mengikut orang sedang sembahyang jenazah, pada hal kita sembayang Dzuhur, orang yang sembahyang gerhana matahari, orang yang sembahyang ”sembahyang  tasbih ”dan sebagai lagi.

(Rujukan Kitab Maslah Agama Jil.2, para 161, ms. 151).

 
                            ----------------------------------oooooooooooo----------------------
 

 

 



 

No comments:

Post a Comment