Pos 90 (559) – Imam
sujud solat Subuh tedrlalu lama.
Saya dapati ada Imam yang kalau waktu sembahyabng Subuh pada
rakaat akhir pada waktu sujud, maka sujudnya terlalu lama sehingga si makmum
tidak kuat mengikutinya. Mohon beri penjelasan.?
Jawapan.
Memang sunat
hukumnya melamakan sujud untuk berdoa di dalamnya kerana sujud itu adalah suatu
keadaan yang terdekat seorang hamba kepada
Tuhannya. Akan tetapi bagi Imam yang
tidak mahu makmum menaruh kebenciaan padanya kerana perbuatan itu,
janganlah hendaknya Imam melebihi tasbih dalam sujudnya dari tiga kali, dan
tiada sunat menambahkan doa-doa apapun, bahkan hendaklah diperingankan untuk
meraikan makmun yang lemah, yang sakit, yang tua dan orang-orang yang mempunyai
keperluan atau kerja yang mesti diselesaikannya. Maka dalam hal
ini disunatkan bagi Imam meringankan sembahyangnya.
Diriwayatkan dariAbi Hurairah
r.a. bahawa Nabi s.aw. bersabda:
اِذَا صَلـَّى اَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلـْيُخَفِّفْ فـَاِنَّ فِيْهِمُ الضَّعِيْفَ
وَالسَّقِـيْمَ وَالـْكَبِيْرَ
فـَاِذ َا صَلىَّ لـِنَفـْسِهِ فـَلـْيُطـَوِّلْ مَـا شَـاءَ. (رواه الجماعه الاابن ماجه)
Apabila bersembahyang salah seorang kamu mengimami orang
banyak, maka hendaklah diringankannya sembahyang itu. Kerana di antara mereka ada yang lemah, yang
sakit dan yang tua. Maka apabila sembahyang seorang bagi dirinya sendiri
boehlah dipanjangkannya menurut kehendaknya.
(HR .Aljamaah kecuali Ibnu Majah).
--------------------0000-----------------------
No comments:
Post a Comment