Pos 619 - Solat sunat sebelum Maghrib
Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib.
Jawapan.
Menurut hadis
yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan
sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang
diriwayatkan dari Annas r.a. yang ertinya:-
“Demi
sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah
s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk
bersembahyang dua rakaat.” (H.R. Al-Bukhari)
Ada juga Hadis
yang diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang
bermaksud:-
“Adalah
kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk
matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah
s.a.w. menyembahyanghkannya? Jawabnya”
Adalah beliau melihat kami melakukannya, maka beliau tidak perintah kami dan
tidak melarang kami. (H.R.uslim) (Maslaah 65 (4) ms. 151)
No comments:
Post a Comment