Pos 637 - RUKUN
IMAN KEDUA –BERIMAN KEPADA MALAIKAT.
Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh
Allah. Mereka ini ialah makhluk di alam
ghaib. Makhluk yang tidak dapat dilihat,
didengar, diraba, dicium, dan dirasa.
Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta
yang kita saksikan ini. Mereka ialah malaikat yang taat, patuh dan sentiasa
beribadat menjalankan perintah Allah.
Firman Allah s.w.t. :-
بَلْ عِبَادٌمُّكْرَمُونَ (26) للآيَسْبِقـُونَهُ بِالـْقـَوْلِ
وَهُمْ بِأ مْرِهِ
يَعْمَلـُونَ (27)
“Bahkan malaikat
itu adalah hamba Allah yang dimuliakan, mereka tidak pernah mendahului-Nya
dengan perkataan dan mereka bertindak atas perintah-Nya. (Surah Al-Ambiya ayat 26-27).
Antara lain sifat-sifat istimewa malaikat ialah :-
a..Mereka dapat menyerupai makhluk lain yang berubah menurut
kehendaknya setelah
mendapat keizinan Allah.
b..Mereka dapat melalui perjalananyang jauh dalam jangka waktu
yang singkat.
c..
Mereka dapat melaksanakan tugas-tugas
yang amat berat yang
tidak dapat
dilakukan oleh makhuk lain.
d.
Mereka amat patuh pada suruhan
dan perintah Allah. Tidak sekali-kali
engkar dan menderhaka kepada Allah.
e..Mereka
tidak makan, minum dan melakukan hubungan jenis.
Jumlah para malaikat terlalu banyak dan tidak diketahui
jumlahnya selain Allah yang amat mngetahui.
Antara yang wajibh diketahui ialah :-
a.. Malaikat
Jibril – (جبريل)
Dia
ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya
menyampaikan
Wahyu
kepada para rasul dan nabi.
b.. Malaikat
Mikail – (ميكاءيل)
Tugasnya ialah membahagikan rezeki kepada seluruh mahluk,
sama
ada
manusia, haiwan, jin syaitan dan lai-lain.
c.. Malaikat Izrail –( عزراءيل)
Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk. Izrail juga
dipanggil Malaikat Maut.
d..
Malaikat Israfil- ( إسرافيل)
Tugasnya ialah meniup sangkakala jikalau tiba
masa hari Kiamat
nanti.
e..
Malaikat Raqib dan Atid –(رقيب دان عتيد)
Kedua malaikat ini bertugsa mencatat
amalan baik
dan jahat. Segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas
dari
cacatan kedua-dua malaikiat ini.
f.. Mungkar dan Nakir – منكر دان نكير))
Kedua-dua malaikat ini bertugas
menyeksa dan
Mengemukakan soalan-soalan kepada
orang yang telah meninggal
dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat
melepaskan dirinya daripada
kedua-dua malaikat ini walau di
manapuan mereka
mati.
g..Malaikat Malik – (مالك) Tugasnya menjaga neraka.
h..Malaikat Ridhwan –(رضوان)
Tugasnya menjaga syurga.
Selain daripada itu ada
lagi tugas malaikat ini iaitu bertasbih dan memuji Allah, memikul Arsy, memberi
salam kepada ahli syurga, menyiksa penghuni neraka, mendoakan para mukmin
seperti firman Allah s.w.t. dalam
Al-Quran Surah Ghafir ayat 7 – 9)
yang bermaksud :-
“Para malaikat yang
memikul Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih menuji Tuhannya
dan beriman kepadaNya, serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman
(dengan berdoa merayu): ‘Wahai Tuhan kami rahmatMu dan ilmuMu meliputi
segala-galanya maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat serta menurut
jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka”
“Wahai Tuhan kami dan
masuklah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka
dan masuklah bersama-sama mereka orang yang layak di antara ibu bapa mereka
dan isteri-isteri meraka serta keturunn
mereka. Sesungyuhnya Engkaulah jua yang
Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”
“Dan peliharalah mereka
dari (balasan) kejahatan-kejahatan yang dilakukannya dan sebenarnya sesiapa
yang Engkau pelihara pada hari itu daripada terkena (balasan)
kejahatan-kejahatan yang dilakukannya, maka sesungguhnya Engkau telah
mengurniakan rahmat kepadanya, dan yang demikian itulah kemenangan yang besar
nilainya.”
(Surah Ghafir ayat 7 – 9
Di dalam satu hadis
riwayat Imam Muslim yang bermaksud:-
“Pada setiap pagi
seseorang itu pasti disertai oleh dua malaikat yang berdoa. Ya Allah berilah kerosakan terhadap orang
yang enggan membelanjakan hartanya untuk
bersedekah,” sedangkan yang lainnya
berdoa :”Ya Allah
Berilah penggantian terhadap
orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan.”
Sebuah Hadis daripada Abu
Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w.
sabdanya bermaksud: -
”Malaikat yang di sebelah
kanan (yang menjadi penulis kebaikan)
ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila ’seseorang melakukan sesuatu
kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang
tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan, lalu malaikat yang di
sebelah kiri hendak menulisnya, lalu malaikat disbelah kanan berkata:
”Tunggu dahulu”, lalu dia
menunggu selama enam atau tujuh jam, maka jika orang itu beristighfar daripada
perbuatan jahat itu tidaklah ditulis sesuatu apa pun, dan jika dia tidak
meminta ampun kepada Allah barulah dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.”
(Hadis riwayat at-Tabrani ).
Berdasarkan kepada hadis
tersebut dapatlah disumpulkan bahawa tiap-tiap seorang manusia ada dua malaikat
yang menulis segala amalannya. Dalam
hadis ini juga diterangkan mengenai tugas malaikat Raqib dan Atid antaranya:-
(1).
Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia.
(2).
Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebaikan.
(3).
Malaikat disebelah kanan tugasnya menulis amalan kebaikan,
manakala yang di sebelah kiri
menulis amalan kejahatan.
(4).
Satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan satu kejahatan
hanya ditulis dengan satu kejahatan
sahaja.
(5).
Seseorang yang mengerjakan amalan jahat tidak ditulis kejahatan
itu melainkan ditangguhkan
selama enam hingg atujuh jam.
Sekiranya dia beristighfar
memohon ampun kepada Allah atas
kejahatannya dalam tempoh
tersebut, maka kejahatannya itu
tidak ditulis oleh malaikat.
Dalam hadis-hadis yang lain ada
dinyatakan tugas-tugas malaikat antaranya ialah:-
(1).
Ditugaskan mencatatkan kedatangan orang Islam sembahyang
Jumaat ke masjid.
(2).
Ditugaskan berdoa untuk orang yang mengajar perkara-perkara
yang baik dan mengajar ehwal
agama Islam.
(3).
Ditugaskan memberi penghormatan dan pahala kebaikan kepada
penuntut-penuntut dan mereka
yang hadir ceramah ilmu agama.
(4).
Ditugaskan mengucap Amin bagi doa seseorang yang memohon
kebaikan untuk saudaranya dan
juga sesama Islam
(5). Ditugaskan memberi ilham kepada manusia.
(6).
Ditugaskan melaknatkan orang yang mengacukan senjata yang
bukan musuhnya.
(7). Ada juga ditugaskan malaikat
melaknati orang yang menyiksa
binatang.
(8).
Malaikat juga ditugaskan melaknati orang-orang yang menghina
sahabat-sahabat Nabi s.a.w., juga
para ‘alim ‘ulama’ dan guru-
guru agama.
------------------------------------oooooooo-----------------------------
No comments:
Post a Comment