Pos 119 (588) - Wajibkah kita Mandi
malam itu juga.?
Suami isteri yang telah melakukan jima’ (persetubuhan) di
waktu malam, apakah diwajibkan atas dirinya melakukan mandi hadas besar pada
malam itu atau sesudah jima’ itu juga. Andaikata malam itu tidak terduga
meninggl dunia secar mendadak sebelum mandi junub bagaimana pula hukumnya
Jawapan
Jawapan
Hukum mandi hadas besar adalah wajib, dan tidak mesti dilakukan dengan segera, kecuali dikala terdesak hendak melakukan sembahyang. Artinya mandi itu dapat dan boleh ditunda. Suami isteri yang melakukan persetubuhan di malam hari sesudah masing-masing mengerjakan solat Isya’, boleh menunda mandi sampai akan melakukan solat Subuh. Jika tidak terduga meningal dunia pada masa penundaanya itu tidaklah menjadi sebab atas kedosaannya, kerana dia melakukan hal yang boleh, dan kematian yang berlaku itu tidaklah menjadikan dia berdosa kerananya. Tetapi makruh bagi orang yang berhadas besar itu makan dan minum, tidur dan mengulangkan lagi persetubuhan pada malam itu.
(Rujukan; Kitab Seratus Masalah Agama Jil.5 ms 94
--------------ooooooooooooooooooooo-----------------
No comments:
Post a Comment