Pos 92 (561) - Air sembahyang menitik balik ke cebok?
Jika saya mengambil
air sembahyang menggunakan cebok atau gayong, kemudian air sembahyang itu
kembali kepada atau terjatuh kepada bekas itu apakah sah atau tidak wuduk saya
itu?
Jawapan.
Pertanyaan ini
mengenai air mustakmal yang terjatuh ke dalam cebok atau gayong ke dalam air
muthlaq (air suci mensucikan). Air mustakmal hukumnya suci tetapi tidak
mensucikan, artinya boleh diminum tetapi tidak dapat untuk mengambil air
sembahyang, mandi junub dan menghilangkan najis Syarat berwuduk adalah dengan
nair muthlaq. Jadi air yang jatuh ke dalam cebok atau gayong yang menetis dari
muka atau tangan orang atau angguta yang wajib berwuduk seketika mengangkat
hadas kecil tadi itu adalah air mustqmal.
Kalau air mustaqmal
itu terjatuh ke dalam kolah tempat mengambil wuduk itu yang melebihi dua kolah
maka sahlah wuduk itu, kecuali yang jatuh itu najis atau air mutanajis, maka
tidaklah boleh mengambil wuduk. Begitu juga kalau air itu menjadi berubah
dengan sebab kejatuhan air mustaqmal, dengan perubahan yang banyak sehingga
dapat menghilangkan nama air muthlaq, maka air itu juga tidak boleh digunakan
berwuduk.
Kesimpulan, jika air
yang menitik ke dalam cebok atau gayong itu sehingga dapat merubahkan air
muthlaq, jadi air itu tidak muthlaq lagi. Dia
suci dan tidak mensucikan, boleh di minum tetapi tidak boleh mengnmbil air
sembahyang. Jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong sedikit sahaja,
tidak merubahkan air dan tidak menghilangkan nama aiar mutlaq maka tidaklah
mengapa untuk meneruskan memakai air itu. Ia tetap air mutlaq dan suci
mensucikan. Rujuk Kitab100 Maslah Agama Jil 5 ms 90.
No comments:
Post a Comment