Pos 110 (579)-Solat Terlupa baca Fatihah
Setelah selesai
solat baru ingat ada rukun yang tertinggal, apakah solatnya batal atau tidak.
Tidak sah solat yang kurang rukunnya, jika tertinggal
itu dengan sengaja. Tetapi jika
tertinggal itu dengan tidak sengaja atau terlupa maka jika terjadi teringatnya
itu masih di dalam sembahyang, maka wajiblah segera dilakukan rukun itu.
Umpamanya seorang terlupa membaca Fatihah, kemudian setelah ia sujud sekali,
teringat olehnya bahawa ia belum membaca Fatihah, wajiblah ia kembali kepada
kedudukan qiyam semula untuk membaca Fatihah, kemudian dibuat semula
rukun-rukun solat selepas itu hingga sempurna, dan disunatkan ianya membuat
sujud sahwi sebelum meberi salam. maka tidaklah membatalkan solatnya itu.
Jika rukun yang
ditinggal secara terlupa itu baru diingatnya sesudah memberi salam, maka hal
tersbut ialah keadaan masa antara salam dan teringatnya itu jaraknya dekat,
wajiblah ia membina atas yang
ditinggalkannya itu, berarti kembali berdiiri solat dan membaca Fatihah serta
mengulang rukun-rukun yang seterusnya, dan kemudiian sebelum memberi salam,
sunat jua dilakukannya sujud sahwi. Solatnya itu sah.
Tetapi jika antara
ia memberi salam dan wakltu teringatnya itui, sudah jauh , tidaklah dapat rukun
yang ditinggalkan itu, maka wajiblah ia mengerjakan solat itau semula dari mula
hingga selesai.
Dalilnya ialah
menurut hadis yang diriwayatkan oleh
Adirrahman bin Auf yang bermaksud:-
(Masalah 60 (4) ms 138)
-----------------------oooooooooo---------
No comments:
Post a Comment