Pos 100 (569)- Selalu meninggalkan
sembahyang
Bagaimanakah hukumnya seseorang itu selalu meninggalkan
sembahyang, baik sembahyang waktu mahu pun sembahyang-sembahyang sunat. Apa
nasihat tuan?
Jawapan.
Meninggalkan sembahyang fardhu itu adalah berdosa besar
kerana Allah s.w.t. berfirman :-
إ نَّ الصَّلَاةَ كـَانَتْ عَلىَ الـْمُؤْمِنِيْنَ
كِـتَابًا مَوْ قُوْ تـًا.
(النساء: 103)
Ertinya:”Sesungguhnya itu merupakan kewajipan yang ditentukan
atas kaum Mukminin. (An-Nisa’ ayat 103)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
اَلصَّلَوَاتُ الـْخَمْسُ وَالـْجُمُعَةُ إلىَ الـْجُمُعَةُ كـَفَّارَاتٌ
لـِمَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتـُنـِبَتِ
الـْكـَبَاءِـرُ" (رواه
مسلم)
Ertinya : “Sembahyang-sembahyang yang lima dan demikian pula
satu Jumaat sampai satu Jumaat yang lain
menjadi tebusan dosa antara masing-masing sembahyangnya. Selama dijauhi dosa-dosa besar” (HR Muslim).
Baginda Rasulullah s.a.w. juga pernah ditanya: “Apakah amalan yang
paling utama? Baginda menjawab : “Sembahyang pada waktunya” (Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1,
m.s. 49)
-------------------------oooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment